Fungsi dan Peranan APM

0
82

Fungsi Pertahanan Awam

Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia :

  • Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
  • Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
  • Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
  • Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
  • Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
  • Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
  • Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

Peranan Pertahanan Awam

  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221.
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.

Sumber: Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (civildefence.gov.my), dicapai Julai 2026.

Search
Categories
Read More
Wilayah Persekutuan
Lokasi & Peta APM Wilayah Persekutuan
Pejabat Negeri Pertahanan Awam Wilayah PersekutuanAlamatAras 3, Blok 1, Menara Seri Wilayah,...
Kebangsaan
Sejarah & Profil APM Kebangsaan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Ibu Pejabat)Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bermula...
By Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2026-07-26 04:50:45 0 14
Pulau Pinang
Sejarah & Profil APM Pulau Pinang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau PinangPejabat Pertahanan Awam pertama dibuka di...
Perlis
Lokasi & Peta APM Perlis
Pejabat Negeri Pertahanan Awam PerlisAlamatLot 8337, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis...
Kebangsaan
Sejarah APM
Pra Merdeka   Pasca Merdeka   Era Pembangunan   Kementerian yang Mengawal   Setiausaha...
By Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2026-07-27 19:54:29 0 101