Fungsi dan Peranan APM
Posted 2026-07-27 19:53:48
0
83
Fungsi Pertahanan Awam
Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia :
- Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
- Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
- Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
- Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
- Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
- Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
- Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
- Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
- Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.
Peranan Pertahanan Awam
- Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
- Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221.
- Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.
Sumber: Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (civildefence.gov.my), dicapai Julai 2026.
Search
Categories
- Kebangsaan
- Wilayah Persekutuan
- Johor
- Sabah
- Sarawak
- Terengganu
- Selangor
- Perak
- Perlis
- Negeri Sembilan
- Kelantan
- Pahang
- Melaka
- Kedah
- Pulau Pinang
Read More
Sejarah & Profil APM Perlis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri PerlisPenubuhan Jabatan Pertahanan Awam negeri Perlis...
Lokasi & Peta APM Pulau Pinang
Pejabat Negeri Pertahanan Awam Pulau PinangAlamatLot 277 & 278, Jalan Ayer Itam, 10460...
Carta Organisasi APM Melaka
Carta Organisasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri MelakaCarta organisasi bagi negeri ini...
Sejarah & Profil APM Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri SabahAPM Negeri Sabah ditubuhkan pada 30 Oktober 1964...
Lokasi & Peta APM Pahang
Pejabat Negeri Pertahanan Awam PahangAlamatLot 1057 & 1058, Jalan Beserah, 26100 Kuantan, Pahang...