Sejarah & Profil APM Pulau Pinang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang
Pejabat Pertahanan Awam pertama dibuka di Pulau Pinang. Pejabat Negeri Pertahanan Awam Pulau Pinang pada awalnya ditempatkan di No. 15, Lebuhraya Peel, 10350 Georgetown, yang ketika itu lebih dikenali sebagai Pejabat Georgetown dan menjadi pejabat wilayah Utara. Mejar Jeneral Ed De Fondblanqu dilantik sebagai Pesuruhjaya Pembantu Wilayah Utara. Seramai 2,700 anggota Pertahanan Awam berkhidmat di Pulau Pinang bagi pejabat Wilayah Utara. Pejabat Georgetown kemudiannya menukar nama kepada Pejabat Daerah Timur Laut. Pada tahun 2002 sehingga kini, Pejabat Negeri Pertahanan Awam Pulau Pinang beroperasi di bangunan sendiri di Lot 277 & 278, Jalan Ayer Itam, 10460 Georgetown. Kini Jabatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang telah berkembang kepada lima daerah dan dua unit iaitu PDPA Seberang Perai Selatan, PDPA Seberang Perai Tengah, PDPA Seberang Perai Utara, PDPA Timur Laut, PDPA Barat Daya, PUPA Kepala Batas dan PUPA Tanjung Bungah.

Sedia, Pantas, Berintegriti.
Sumber: Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (civildefence.gov.my), dicapai Julai 2026.
- Kebangsaan
- Wilayah Persekutuan
- Johor
- Sabah
- Sarawak
- Terengganu
- Selangor
- Perak
- Perlis
- Negeri Sembilan
- Kelantan
- Pahang
- Melaka
- Kedah
- Pulau Pinang