Fungsi dan Peranan APM

0
83

Fungsi Pertahanan Awam

Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia :

  • Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
  • Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
  • Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
  • Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
  • Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
  • Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
  • Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

Peranan Pertahanan Awam

  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221.
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.

Sumber: Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (civildefence.gov.my), dicapai Julai 2026.

Cari
Categories
Read More
Sarawak
Carta Organisasi APM Sarawak
Carta Organisasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sarawak← Leret untuk lihat carta...
Kelantan
Carta Organisasi APM Kelantan
Carta Organisasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kelantan← Leret untuk lihat carta...
Pulau Pinang
Carta Organisasi APM Pulau Pinang
Carta Organisasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau PinangCarta organisasi bagi...
Perlis
Lokasi & Peta APM Perlis
Pejabat Negeri Pertahanan Awam PerlisAlamatLot 8337, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis...
Kebangsaan
Misi, Visi dan Objektif APM
TAKRIF PERTAHANAN AWAM Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua...
By Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2026-07-27 19:53:44 0 83