#KEPIMPINAN
LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) PENGURUSAN ASET DAN STOR DI PEJABAT PERTAHANAN AWAM NEGERI SABAH
Khamis, 06 November 2025 - Sekitar sesi lawatan penanda aras oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (TKSUP JPM) bersama YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah bertempat di Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Sulaman, Sabah.
Lawatan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Bil. 4/2025 bertujuan menilai keupayaan serta keberkesanan sistem pengurusan aset dan stor APM Negeri Sabah, seterusnya memperkukuh amalan terbaik (best practices) dalam pentadbiran aset Kerajaan Persekutuan di bawah portfolio JPM.
Dalam program tersebut, YS Pengarah APM Negeri Sabah telah mengetuai sesi libat urus dan penyampaian taklimat pelaksanaan operasi, pematuhan tatacara pengurusan aset, penyelenggaraan, serta kesiapsiagaan logistik jabatan.
Sesi ini bukan sekadar penilaian fizikal tetapi merupakan langkah strategik dalam memperkukuh akauntabiliti, kecekapan tadbir urus dan ketepatan sokongan logistik demi memastikan APM sentiasa bersedia, responsif dan berdaya tindak tinggi dalam menangani kecemasan dan bencana di negeri Sabah.
Turut hadir, YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YS PPj. (PA) Mohd Yusoff bin Samad, Pengarah APM Negeri Sabah, Kol. Bersekutu (PA) Askandar Bin Dzulkurnain, Pegawai Bahagian Khidmat Pengurusan IPPA, Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Sabah.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02LZdEiokP6sTgqZgNp2G1syrodgWBegkpvNF92arDqm7RJJeHq3PWvhj74wHi31zml