#KEPIMPINAN

LAWATAN KERJA RASMI YAS TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENGURUSAN) APM KE PUPA SEBATIK, SABAH

Sabtu, 08 November 2025 - Sekitar sesi lawatan kerja rasmi YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Sebatik, Sabah.

Pelaksanaan lawatan rasmi ini memberi tumpuan kepada penilaian tahap kesiapsiagaan operasi, keperluan fasiliti, kekuatan sumber anggota serta keberkesanan penyelarasan pengurusan bencana di kawasan Sebatik. Fokus penilaian ini adalah penting dalam memastikan setiap aset, struktur sokongan dan kemudahan bantuan kecemasan berada dalam keadaan optimum serta mampu digerakkan dengan pantas ketika berlakunya bencana.

Lawatan ini turut membawa kepentingan strategik dalam pembangunan PUPA Sebatik. Antara aspek yang diberi perhatian termasuk keperluan penambahbaikan fasiliti perlindungan awal, penyusunan semula aliran pengurusan mangsa, penilaian akses logistik terutama dalam situasi gangguan perhubungan serta perancangan jangka panjang untuk memperkukuh sistem sokongan komuniti rentas perairan.

Penekanan ini bertujuan memastikan PUPA Sebatik kekal relevan, tersusun dan bersedia berfungsi sebagai pusat perlindungan berkesan yang dapat menjamin keselamatan dan kebajikan penduduk setempat terutama ketika bencana banjir, ribut atau situasi pemindahan kecemasan.

Turut hadir, YS PPj. (PA) Mohd Yusoff bin Samad, Pengarah APM Negeri Sabah bersama Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM Daerah Sebatik.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
APM Sebatik

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02QWK3kRoYx1qHY75h1Ka3A2qzVJY1hgK6sYwBkgSHsDGtskejzvL3ccA4tK5HyUz5l
#KEPIMPINAN LAWATAN KERJA RASMI YAS TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENGURUSAN) APM KE PUPA SEBATIK, SABAH Sabtu, 08 November 2025 - Sekitar sesi lawatan kerja rasmi YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Sebatik, Sabah. Pelaksanaan lawatan rasmi ini memberi tumpuan kepada penilaian tahap kesiapsiagaan operasi, keperluan fasiliti, kekuatan sumber anggota serta keberkesanan penyelarasan pengurusan bencana di kawasan Sebatik. Fokus penilaian ini adalah penting dalam memastikan setiap aset, struktur sokongan dan kemudahan bantuan kecemasan berada dalam keadaan optimum serta mampu digerakkan dengan pantas ketika berlakunya bencana. Lawatan ini turut membawa kepentingan strategik dalam pembangunan PUPA Sebatik. Antara aspek yang diberi perhatian termasuk keperluan penambahbaikan fasiliti perlindungan awal, penyusunan semula aliran pengurusan mangsa, penilaian akses logistik terutama dalam situasi gangguan perhubungan serta perancangan jangka panjang untuk memperkukuh sistem sokongan komuniti rentas perairan. Penekanan ini bertujuan memastikan PUPA Sebatik kekal relevan, tersusun dan bersedia berfungsi sebagai pusat perlindungan berkesan yang dapat menjamin keselamatan dan kebajikan penduduk setempat terutama ketika bencana banjir, ribut atau situasi pemindahan kecemasan. Turut hadir, YS PPj. (PA) Mohd Yusoff bin Samad, Pengarah APM Negeri Sabah bersama Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM Daerah Sebatik. Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah APM Sebatik #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02QWK3kRoYx1qHY75h1Ka3A2qzVJY1hgK6sYwBkgSHsDGtskejzvL3ccA4tK5HyUz5l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews