• #BILIKGERAKAN

    PENDUDUK KAWASAN RENDAH, KERAP BANJIR DINASIHAT SENTIASA PEKA KEADAAN CUACA

    MATU: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah serta di kampung yang sering dilanda banjir dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keadaan cuaca.

    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Matu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa paras air di beberapa kawasan pemantauan menunjukkan trend menurun.

    Menurutnya, lokasi pemantauan melibatkan Kampung Tian, Taman Sejahtera, Kampung Jemoreng, Kampung Bertong, Pekan Matu, Kampung Sekaan Besar, Kampung Berjaya, Kampung Sok, Jalan SMK Matu dan Jalan Jemoreng Bawang (Passin).

    “Manakala pemantauan di Kampung Sekaan Kecil dan Kampung Bawang didapati berada dalam keadaan statik,” katanya.

    Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan supaya segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Matu di talian 084-832208 yang beroperasi 24 jam sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.utusanborneo.com.my/2026/01/11/penduduk-kawasan-rendah-kerap-banjir-dinasihat-sentiasa-peka-keadaan-cuaca

    Dipetik daripada akhbar:
    Utusan Borneo Online

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak
    Apm Matu

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Whiq8AzkNXatsGWZRdsUQFMUsGe11gUDsqyqNmVnmxVMf34ghXRc8n6RG8NZrhRil
    #BILIKGERAKAN PENDUDUK KAWASAN RENDAH, KERAP BANJIR DINASIHAT SENTIASA PEKA KEADAAN CUACA MATU: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah serta di kampung yang sering dilanda banjir dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keadaan cuaca. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Matu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa paras air di beberapa kawasan pemantauan menunjukkan trend menurun. Menurutnya, lokasi pemantauan melibatkan Kampung Tian, Taman Sejahtera, Kampung Jemoreng, Kampung Bertong, Pekan Matu, Kampung Sekaan Besar, Kampung Berjaya, Kampung Sok, Jalan SMK Matu dan Jalan Jemoreng Bawang (Passin). “Manakala pemantauan di Kampung Sekaan Kecil dan Kampung Bawang didapati berada dalam keadaan statik,” katanya. Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan supaya segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Matu di talian 084-832208 yang beroperasi 24 jam sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2026/01/11/penduduk-kawasan-rendah-kerap-banjir-dinasihat-sentiasa-peka-keadaan-cuaca Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Apm Matu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Whiq8AzkNXatsGWZRdsUQFMUsGe11gUDsqyqNmVnmxVMf34ghXRc8n6RG8NZrhRil
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    ANGGOTA APM SARATOK BERJAYA PINDAHKAN WARGA EMAS TERKANDAS BANJIR

    SARATOK: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok berjaya membawa keluar seorang warga emas yang terkandas akibat banjir di Rumah Patricia, Sungai Bangkung, Kabo, hari ini.

    Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu, operasi pemindahan dilaksanakan sebaik pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin.

    Beliau berkata, keadaan air di lokasi berkenaan menyukarkan pergerakan mangsa, sekali gus memerlukan bantuan segera pasukan APM untuk memindahkan warga emas tersebut ke kawasan yang lebih selamat.

    “Tindakan pantas anggota APM telah membolehkan mangsa dipindahkan tanpa sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan selamat,” katanya.

    Operasi pemindahan itu melibatkan beberapa anggota APM yang dilengkapi peralatan keselamatan asas dan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

    Nur Athirah turut memaklumkan bahawa situasi di lokasi kejadian adalah terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang operasi dijalankan.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan menghubungi APM Daerah Saratok di talian 083-436094 atau talian kecemasan 999 sekiranya menghadapi sebarang situasi kecemasan.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://utusansarawak.com.my/anggota-apm-saratok-berjaya-pindahkan-warga-emas-terkandas-banjir/

    Dipetik daripada akhbar:
    Utusan Sarawak

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak
    Angkatan Pertahanan Awam Saratok

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid032KAF7KxXusJXhwc9bNGG9N596KyCAMhPtQmTBY5cofAiqDi5Ki2jrQBzi2QTy6ydl
    #BILIKGERAKAN ANGGOTA APM SARATOK BERJAYA PINDAHKAN WARGA EMAS TERKANDAS BANJIR SARATOK: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok berjaya membawa keluar seorang warga emas yang terkandas akibat banjir di Rumah Patricia, Sungai Bangkung, Kabo, hari ini. Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu, operasi pemindahan dilaksanakan sebaik pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin. Beliau berkata, keadaan air di lokasi berkenaan menyukarkan pergerakan mangsa, sekali gus memerlukan bantuan segera pasukan APM untuk memindahkan warga emas tersebut ke kawasan yang lebih selamat. “Tindakan pantas anggota APM telah membolehkan mangsa dipindahkan tanpa sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan selamat,” katanya. Operasi pemindahan itu melibatkan beberapa anggota APM yang dilengkapi peralatan keselamatan asas dan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan. Nur Athirah turut memaklumkan bahawa situasi di lokasi kejadian adalah terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang operasi dijalankan. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan menghubungi APM Daerah Saratok di talian 083-436094 atau talian kecemasan 999 sekiranya menghadapi sebarang situasi kecemasan. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/anggota-apm-saratok-berjaya-pindahkan-warga-emas-terkandas-banjir/ Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Angkatan Pertahanan Awam Saratok #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid032KAF7KxXusJXhwc9bNGG9N596KyCAMhPtQmTBY5cofAiqDi5Ki2jrQBzi2QTy6ydl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    APM SIBU SELAMATKAN LELAKI TERPERANGKAP BANJIR DI BATU 7 JALAN ULU OYA

    SIBU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu menyelamatkan seorang lelaki selepas kediamannya di Batu 7, Blok II, Jalan Ulu Oya dinaiki air sedalam 1.30 meter, petang tadi.

    Pegawai APM Daerah Sibu, Mejar (PA) Mohd Reduan Aini berkata, hujan lebat yang berterusan menyebabkan kawasan sekitar rumah serta bahagian dalam kediaman mangsa ditenggelami air.

    “Mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan seterusnya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Jeriah,” katanya dalam satu kenyataan.

    Menurutnya, pemantauan di kawasan berisiko banjir dijalankan melibatkan seorang pegawai dan empat anggota APM, bersama seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan tujuh anggota.

    “Semasa pemantauan dijalankan, keadaan cuaca dilaporkan hujan dengan status air pasang, dan kawasan yang ditinjau didapati dinaiki air,” jelasnya.

    APM akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://utusansarawak.com.my/apm-sibu-selamatkan-lelaki-terperangkap-banjir-di-batu-7-jalan-ulu-oya/

    Dipetik daripada akhbar:
    Utusan Sarawak

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak
    APM SIBU

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0b89ZRG1jcknbLAMkLBgJGd2n5wRrvudnPEPBYKFedCth54BiN1X7TbXe1JjAGwphl
    #BILIKGERAKAN APM SIBU SELAMATKAN LELAKI TERPERANGKAP BANJIR DI BATU 7 JALAN ULU OYA SIBU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu menyelamatkan seorang lelaki selepas kediamannya di Batu 7, Blok II, Jalan Ulu Oya dinaiki air sedalam 1.30 meter, petang tadi. Pegawai APM Daerah Sibu, Mejar (PA) Mohd Reduan Aini berkata, hujan lebat yang berterusan menyebabkan kawasan sekitar rumah serta bahagian dalam kediaman mangsa ditenggelami air. “Mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan seterusnya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Jeriah,” katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, pemantauan di kawasan berisiko banjir dijalankan melibatkan seorang pegawai dan empat anggota APM, bersama seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan tujuh anggota. “Semasa pemantauan dijalankan, keadaan cuaca dilaporkan hujan dengan status air pasang, dan kawasan yang ditinjau didapati dinaiki air,” jelasnya. APM akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/apm-sibu-selamatkan-lelaki-terperangkap-banjir-di-batu-7-jalan-ulu-oya/ Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM SIBU #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0b89ZRG1jcknbLAMkLBgJGd2n5wRrvudnPEPBYKFedCth54BiN1X7TbXe1JjAGwphl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    APM PANTAU KAWASAN RISIKO BANJIR DI ASAJAYA

    ASAJAYA: Paras air meningkat di beberapa kawasan di sini, masih dalam keadaan terkawal, manakala jalan raya di semua lokasi dilaporkan boleh dilalui kenderaan tanpa sebarang masalah.

    Keadaan ini disahkan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Asajaya, Lt. (PA) Hafizul Samah memaklumkan, beberapa anggota melakukan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir di Asajaya, hari ini.

    “Pemantauan dijalankan antara 8.33 hingga 10.12 pagi oleh tiga anggota bertujuan untuk memastikan keselamatan penduduk dan kelancaran lalu lintas,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

    Beliau menambah, hujan renyai dilaporkan berlaku di Kampung Sampun Jugu, Kampung Sampun Kelili, Kampung Sampun Gerunggang, Kampung Asajaya Ulu dan Kampung Asajaya Lot sepanjang tempoh pemantauan.

    Bagaimanapun ujarnya, tiada insiden bencana atau kecemasan dilaporkan setakat ini.

    “Tiada proses pemindahan penduduk atau pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dijalankan. Pasukan sentiasa bersedia digerakkan sekiranya berlaku perubahan keadaan.

    “Penduduk dinasihatkan memantau keadaan cuaca dan paras air di kawasan masing-masing. Sebarang kecemasan boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 atau PKOD Asajaya di 082-827091,” katanya lagi.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://suarasarawak.my/apm-pantau-kawasan-risiko-banjir-di-asajaya/

    Dipetik daripada akhbar:
    Suara Sarawak

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak
    APM Asajaya

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0EM1pApWj4Fbyuy4zZAWRUMzHUrxFgfSzgw4zFeyTjjSqNaTrsdUbQWajRmr15YY2l
    #BILIKGERAKAN APM PANTAU KAWASAN RISIKO BANJIR DI ASAJAYA ASAJAYA: Paras air meningkat di beberapa kawasan di sini, masih dalam keadaan terkawal, manakala jalan raya di semua lokasi dilaporkan boleh dilalui kenderaan tanpa sebarang masalah. Keadaan ini disahkan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Asajaya, Lt. (PA) Hafizul Samah memaklumkan, beberapa anggota melakukan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir di Asajaya, hari ini. “Pemantauan dijalankan antara 8.33 hingga 10.12 pagi oleh tiga anggota bertujuan untuk memastikan keselamatan penduduk dan kelancaran lalu lintas,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini. Beliau menambah, hujan renyai dilaporkan berlaku di Kampung Sampun Jugu, Kampung Sampun Kelili, Kampung Sampun Gerunggang, Kampung Asajaya Ulu dan Kampung Asajaya Lot sepanjang tempoh pemantauan. Bagaimanapun ujarnya, tiada insiden bencana atau kecemasan dilaporkan setakat ini. “Tiada proses pemindahan penduduk atau pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dijalankan. Pasukan sentiasa bersedia digerakkan sekiranya berlaku perubahan keadaan. “Penduduk dinasihatkan memantau keadaan cuaca dan paras air di kawasan masing-masing. Sebarang kecemasan boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 atau PKOD Asajaya di 082-827091,” katanya lagi. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/apm-pantau-kawasan-risiko-banjir-di-asajaya/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Asajaya #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0EM1pApWj4Fbyuy4zZAWRUMzHUrxFgfSzgw4zFeyTjjSqNaTrsdUbQWajRmr15YY2l
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #KEPIMPINAN

    LAWATAN KERJA RASMI YBHG TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN JABATAN PERDANA MENTERI KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN PEJABAT NEGERI PERTAHANAN AWAM (PNPA) KELANTAN

    Ahad, 11 Januari 2026 - Sekitar sesi lawatan kerja rasmi YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (TKSUK JPM) ke Tapak Projek Pembinaan Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) Kelantan bertempat di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.

    Lawatan ini bertujuan untuk meninjau sendiri kemajuan semasa projek termasuk tahap peratusan siap pembinaan pejabat baharu tersebut. Dalam sesi ini, delegasi turut diberikan taklimat oleh YBrs. Tuan Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan berkaitan status terkini pelaksanaan projek berkenaan.

    Selain meninjau perkembangan fizikal projek, sesi perbincangan ini turut merangkumi status kesiapsiagaan aset, kekuatan keanggotaan, operasi semasa serta keperluan penambahbaikan bagi memperkukuhkan keupayaan pengurusan dan tindak balas bencana di negeri Kelantan.

    Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan dari pihak kerajaan dalam memastikan infrastruktur dan keupayaan organisasi sentiasa berada pada tahap yang baik demi menjamin perkhidmatan yang cemerlang dan kesejahteraan rakyat.

    Turut hadir, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Kol. Bersekutu (PA) Zarita binti Dato' Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan, Perolehan dan Pembangunan IPPA, Lt. Kol. (PA) Mohd Farid bin Ishak, Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan, Lt. Kol. (PA) Wan Ab Rahim bin Wan Sulaiman, Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA, Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM Negeri Kelantan serta Wakil Pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan.

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Negeri Kelantan

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI
    **

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0pQqwJipNxZr7toRtVSqwz5d4BDWvPU5NoZBYKiB6rtRdxSTGemNQPDFKo99ExaWzl
    #KEPIMPINAN LAWATAN KERJA RASMI YBHG TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN JABATAN PERDANA MENTERI KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN PEJABAT NEGERI PERTAHANAN AWAM (PNPA) KELANTAN Ahad, 11 Januari 2026 - Sekitar sesi lawatan kerja rasmi YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (TKSUK JPM) ke Tapak Projek Pembinaan Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) Kelantan bertempat di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau sendiri kemajuan semasa projek termasuk tahap peratusan siap pembinaan pejabat baharu tersebut. Dalam sesi ini, delegasi turut diberikan taklimat oleh YBrs. Tuan Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan berkaitan status terkini pelaksanaan projek berkenaan. Selain meninjau perkembangan fizikal projek, sesi perbincangan ini turut merangkumi status kesiapsiagaan aset, kekuatan keanggotaan, operasi semasa serta keperluan penambahbaikan bagi memperkukuhkan keupayaan pengurusan dan tindak balas bencana di negeri Kelantan. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan dari pihak kerajaan dalam memastikan infrastruktur dan keupayaan organisasi sentiasa berada pada tahap yang baik demi menjamin perkhidmatan yang cemerlang dan kesejahteraan rakyat. Turut hadir, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Kol. Bersekutu (PA) Zarita binti Dato' Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan, Perolehan dan Pembangunan IPPA, Lt. Kol. (PA) Mohd Farid bin Ishak, Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan, Lt. Kol. (PA) Wan Ab Rahim bin Wan Sulaiman, Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA, Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM Negeri Kelantan serta Wakil Pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan. Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0pQqwJipNxZr7toRtVSqwz5d4BDWvPU5NoZBYKiB6rtRdxSTGemNQPDFKo99ExaWzl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    APM GUNA DRON PANTAU BANJIR DI SERIAN

    SERIAN: Sekitar 100 rumah di Kampung Sorah Melayu terjejas selepas hujan lebat sejak semalam memaksa 87 penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan SK Pangkalan Sorah hari ini.

    Komander Operasi PBKI Rosnani Malong berkata, ia susulan paras air di beberapa kawasan naik sehingga 4 hingga 5 kaki, terutama rumah yang berada di kawasan rendah.

    “Seramai 29 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan menggunakan bot ke PPS pagi tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Rosnani menambah, jumlah mangsa yang dipindahkan adalah seramai 87 orang, termasuk 43 dewasa, 23 kanak-kanak, seorang individu kelainan upaya (OKU), 14 warga emas dan enam bayi.

    Katanya, operasi pemindahan turut dibantu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

    Menurut Rosnani, pemantauan berterusan dilakukan kerana trend paras air masih meningkat dan hujan lebat berterusan menambah risiko banjir di kawasan sekitarnya.

    “Operasi pemindahan menggunakan Hilux dan bot berjalan lancar, memastikan semua mangsa dapat sampai ke PPS dengan selamat dan keperluan asas mereka disediakan.

    “Penduduk diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah sekiranya paras air terus naik. Keselamatan diri dan keluarga tetap menjadi keutamaan.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://suarasarawak.my/apm-guna-dron-pantau-banjir-di-serian/

    Dipetik daripada akhbar:
    Suara Sarawak

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak
    Apm Serian

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #MalaysiaMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid021zhptJJnT8FhHCa36paffyBxgRuzgbEBdFe4hEUaz8NH9j1dpLW1EWa4FPWMXAP5l
    #BILIKGERAKAN APM GUNA DRON PANTAU BANJIR DI SERIAN SERIAN: Sekitar 100 rumah di Kampung Sorah Melayu terjejas selepas hujan lebat sejak semalam memaksa 87 penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan SK Pangkalan Sorah hari ini. Komander Operasi PBKI Rosnani Malong berkata, ia susulan paras air di beberapa kawasan naik sehingga 4 hingga 5 kaki, terutama rumah yang berada di kawasan rendah. “Seramai 29 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan menggunakan bot ke PPS pagi tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Rosnani menambah, jumlah mangsa yang dipindahkan adalah seramai 87 orang, termasuk 43 dewasa, 23 kanak-kanak, seorang individu kelainan upaya (OKU), 14 warga emas dan enam bayi. Katanya, operasi pemindahan turut dibantu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA. Menurut Rosnani, pemantauan berterusan dilakukan kerana trend paras air masih meningkat dan hujan lebat berterusan menambah risiko banjir di kawasan sekitarnya. “Operasi pemindahan menggunakan Hilux dan bot berjalan lancar, memastikan semua mangsa dapat sampai ke PPS dengan selamat dan keperluan asas mereka disediakan. “Penduduk diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah sekiranya paras air terus naik. Keselamatan diri dan keluarga tetap menjadi keutamaan. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/apm-guna-dron-pantau-banjir-di-serian/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Apm Serian #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid021zhptJJnT8FhHCa36paffyBxgRuzgbEBdFe4hEUaz8NH9j1dpLW1EWa4FPWMXAP5l
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    PPS DIBUKA DI SIBU, APM BERTINDAK PANTAS LINDUNGI PENDUDUK TERJEJAS BANJIR

    SIBU, 11 Jan: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kedua di daerah Sibu telah mula beroperasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek, susulan situasi banjir yang melanda, menempatkan mangsa yang terjejas dari kawasan Jerwit.

    PPS tersebut yang beroperasi di Dewan Mutiara Ilmu sekolah tersebut dibuka secara rasmi pada 2.30 petang, bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terjejas banjir terus terpelihara.

    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan hari ini berkata, seramai enam mangsa daripada satu Ketua Isi Rumah (KIR) telah berdaftar di PPS berkenaan, dengan proses pendaftaran mangsa bermula seawal 3.20 petang.

    “Pembukaan PPS ini adalah susulan keadaan semasa banjir di kawasan terjejas bagi menempatkan penduduk terlibat serta memudahkan penyelarasan bantuan oleh agensi berkaitan,” kata kenyataan itu.

    APM turut menasihatkan penduduk di kawasan terjejas agar segera berpindah ke PPS yang disediakan serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini.

    Maklumat berkaitan operasi PPS akan terus dikemas kini dan disalurkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

    Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sibu, Mejar (PA) Mohd Reduan Aini bersama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia telah menjalankan tinjauan lapangan di Kampung Jeriah bagi menilai paras air, keselamatan penduduk, keadaan infrastruktur serta keperluan bantuan susulan.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.tvsarawak.my/2026/01/11/pps-dibuka-di-sibu-apm-bertindak-pantas-lindungi-penduduk-terjejas-banjir/

    Dipetik daripada akhbar:
    TVS

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak
    APM SIBU

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #MalaysiaMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ZTc5YsvoWKKruWTA5Zm7bJH7iKjUuqagyik5nWRiuc6yBekKiqkej9wJVEavqPc3l
    #BILIKGERAKAN PPS DIBUKA DI SIBU, APM BERTINDAK PANTAS LINDUNGI PENDUDUK TERJEJAS BANJIR SIBU, 11 Jan: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kedua di daerah Sibu telah mula beroperasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek, susulan situasi banjir yang melanda, menempatkan mangsa yang terjejas dari kawasan Jerwit. PPS tersebut yang beroperasi di Dewan Mutiara Ilmu sekolah tersebut dibuka secara rasmi pada 2.30 petang, bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terjejas banjir terus terpelihara. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan hari ini berkata, seramai enam mangsa daripada satu Ketua Isi Rumah (KIR) telah berdaftar di PPS berkenaan, dengan proses pendaftaran mangsa bermula seawal 3.20 petang. “Pembukaan PPS ini adalah susulan keadaan semasa banjir di kawasan terjejas bagi menempatkan penduduk terlibat serta memudahkan penyelarasan bantuan oleh agensi berkaitan,” kata kenyataan itu. APM turut menasihatkan penduduk di kawasan terjejas agar segera berpindah ke PPS yang disediakan serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini. Maklumat berkaitan operasi PPS akan terus dikemas kini dan disalurkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa. Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sibu, Mejar (PA) Mohd Reduan Aini bersama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia telah menjalankan tinjauan lapangan di Kampung Jeriah bagi menilai paras air, keselamatan penduduk, keadaan infrastruktur serta keperluan bantuan susulan. Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2026/01/11/pps-dibuka-di-sibu-apm-bertindak-pantas-lindungi-penduduk-terjejas-banjir/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM SIBU #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ZTc5YsvoWKKruWTA5Zm7bJH7iKjUuqagyik5nWRiuc6yBekKiqkej9wJVEavqPc3l
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    BANJIR SARAWAK: 3,031 MANGSA DIPINDAHKAN, 42 PPS AKTIF LIBATKAN 14 DAERAH

    KUCHING: Keadaan banjir di negeri Sarawak terus menunjukkan trend membimbangkan apabila seramai 3,031 mangsa daripada 876 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di 42 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 14 daerah setakat 11.00 pagi tadi.

    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, tujuh bahagian dikenal pasti terjejas akibat banjir iaitu Serian, Samarahan, Kuching, Mukah, Miri, Bintulu dan Sibu, dengan Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini.

    APM berkata, pembukaan PPS dibuat secara berperingkat bermula 8 Januari, dengan sebahagian pusat merekodkan peningkatan jumlah mangsa, khususnya di beberapa lokasi di Serian dan Kuching.

    Bagaimanapun, menurut APM, terdapat juga PPS yang mencatatkan trend menurun atau kekal, menunjukkan situasi banjir di sesetengah kawasan mula stabil, bergantung kepada paras air dan keadaan cuaca semasa.

    APM turut memaklumkan bahawa operasi pemindahan mangsa dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan.

    “Keutamaan diberikan kepada keselamatan mangsa, khususnya warga emas, kanak-kanak dan golongan rentan, selain memastikan kebajikan mereka terjaga di PPS,” menurut kenyataan itu.

    Dalam pada itu, APM menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke PPS sekiranya diarahkan.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://utusansarawak.com.my/banjir-sarawak-3031-mangsa-dipindahkan-42-pps-aktif-libatkan-14-daerah/

    Dipetik daripada akhbar:
    Utusan Sarawak

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #MalaysiaMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ntGrP8pzd3eqMx1wTHqQosubskH3Bp5Ym9SQnWZmbHbVRWW1VMLprULi8pXm7EeEl
    #BILIKGERAKAN BANJIR SARAWAK: 3,031 MANGSA DIPINDAHKAN, 42 PPS AKTIF LIBATKAN 14 DAERAH KUCHING: Keadaan banjir di negeri Sarawak terus menunjukkan trend membimbangkan apabila seramai 3,031 mangsa daripada 876 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di 42 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 14 daerah setakat 11.00 pagi tadi. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, tujuh bahagian dikenal pasti terjejas akibat banjir iaitu Serian, Samarahan, Kuching, Mukah, Miri, Bintulu dan Sibu, dengan Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini. APM berkata, pembukaan PPS dibuat secara berperingkat bermula 8 Januari, dengan sebahagian pusat merekodkan peningkatan jumlah mangsa, khususnya di beberapa lokasi di Serian dan Kuching. Bagaimanapun, menurut APM, terdapat juga PPS yang mencatatkan trend menurun atau kekal, menunjukkan situasi banjir di sesetengah kawasan mula stabil, bergantung kepada paras air dan keadaan cuaca semasa. APM turut memaklumkan bahawa operasi pemindahan mangsa dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan. “Keutamaan diberikan kepada keselamatan mangsa, khususnya warga emas, kanak-kanak dan golongan rentan, selain memastikan kebajikan mereka terjaga di PPS,” menurut kenyataan itu. Dalam pada itu, APM menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke PPS sekiranya diarahkan. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/banjir-sarawak-3031-mangsa-dipindahkan-42-pps-aktif-libatkan-14-daerah/ Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ntGrP8pzd3eqMx1wTHqQosubskH3Bp5Ym9SQnWZmbHbVRWW1VMLprULi8pXm7EeEl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    MANGSA BANJIR SELANGAU TERIMA SUMBANGAN DI PPS BUKIT ARIP

    MUKAH, 11 Jan: Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip menerima sumbangan bakul makanan dan pakaian, hari ini.

    Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Residen Bahagian Sibu, Mohamad Porkan Abang Budiman, sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mangsa yang terjejas.

    Dalam lawatan tersebut, Mohamad Porkan turut meninjau keadaan di PPS bagi memastikan semua keperluan asas mangsa dapat disediakan dengan baik serta pengurusan pusat pemindahan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

    Terdahulu, beliau mendengar taklimat ringkas daripada Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berhubung situasi semasa banjir dan operasi pemindahan yang sedang dijalankan.

    Menurut Muhamad Rizal, jumlah mangsa di PPS kini meningkat kepada 238 orang selepas tiga kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Arip turut dipindahkan berikutan paras air di kawasan berkenaan yang terus meningkat sejak semalam.

    Katanya, semua mangsa yang terjejas terdiri daripada penduduk tiga rumah panjang iaitu Rumah Jambai, Rumah Janting dan Rumah David.

    “Operasi pemindahan berjalan lancar hasil kerjasama erat pelbagai agensi yang terlibat, termasuk bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.tvsarawak.my/2026/01/11/mangsa-banjir-selangau-terima-sumbangan-di-pps-bukit-arip/

    Dipetik daripada akhbar:
    TVS

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #MalaysiaMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02MKkFNgfLAaDQXL9SQ5m6MH6ForzrfC6sveVknuCHC15uwaNqeCXzXgjb3g68pt4el
    #BILIKGERAKAN MANGSA BANJIR SELANGAU TERIMA SUMBANGAN DI PPS BUKIT ARIP MUKAH, 11 Jan: Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip menerima sumbangan bakul makanan dan pakaian, hari ini. Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Residen Bahagian Sibu, Mohamad Porkan Abang Budiman, sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mangsa yang terjejas. Dalam lawatan tersebut, Mohamad Porkan turut meninjau keadaan di PPS bagi memastikan semua keperluan asas mangsa dapat disediakan dengan baik serta pengurusan pusat pemindahan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Terdahulu, beliau mendengar taklimat ringkas daripada Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berhubung situasi semasa banjir dan operasi pemindahan yang sedang dijalankan. Menurut Muhamad Rizal, jumlah mangsa di PPS kini meningkat kepada 238 orang selepas tiga kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Arip turut dipindahkan berikutan paras air di kawasan berkenaan yang terus meningkat sejak semalam. Katanya, semua mangsa yang terjejas terdiri daripada penduduk tiga rumah panjang iaitu Rumah Jambai, Rumah Janting dan Rumah David. “Operasi pemindahan berjalan lancar hasil kerjasama erat pelbagai agensi yang terlibat, termasuk bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2026/01/11/mangsa-banjir-selangau-terima-sumbangan-di-pps-bukit-arip/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02MKkFNgfLAaDQXL9SQ5m6MH6ForzrfC6sveVknuCHC15uwaNqeCXzXgjb3g68pt4el
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    255 MANGSA BANJIR BERTEDUH DI PPS SK ENDAP

    KOTA SAMARAHAN: Seramai 255 mangsa banjir daripada 79 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Endap selepas paras air meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

    Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan, Leftenan (PA) Mohd Zaidi Jili, berkata PPS tersebut dibuka pada jam 2.20 pagi bagi menempatkan penduduk dari Kampung Endap, Kampung Sinaran Jaya dan Kampung Tanah Putih.

    “PPS ini dibuka pada jam 2.20 pagi berikutan kenaikan paras air bermula sejak petang akibat hujan lebat serta dibantu dengan fenomena air pasang yang meningkatkan paras air terutamanya di Kampung Endap,” katanya.

    Menurut Mohd Zaidi, setakat jam 3 petang, seramai 79 KIR melibatkan 255 penduduk telah mendaftar masuk ke PPS berkenaan dan jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan paras air yang masih naik.

    Walaupun hujan telah mula berhenti, dedahnya cuaca masih mendung dan pihak meteorologi meramalkan hujan akan berterusan sehingga esok.

    “Kita menjangkakan pertambahan keluarga akan berpindah memandangkan paras air masih meningkat,” katanya.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.tvsarawak.my/2026/01/09/255-mangsa-banjir-berteduh-di-pps-sk-endap

    Dipetik daripada akhbar:
    TVS

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak
    APM Samarahan

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #MalaysiaMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid028rEHjFBXZ5qeByoQhtb3DdjKvgiT3XqveJcThEMw3GpQSnkfirhsCo7MYT4ADyFwl
    #BILIKGERAKAN 255 MANGSA BANJIR BERTEDUH DI PPS SK ENDAP KOTA SAMARAHAN: Seramai 255 mangsa banjir daripada 79 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Endap selepas paras air meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam. Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan, Leftenan (PA) Mohd Zaidi Jili, berkata PPS tersebut dibuka pada jam 2.20 pagi bagi menempatkan penduduk dari Kampung Endap, Kampung Sinaran Jaya dan Kampung Tanah Putih. “PPS ini dibuka pada jam 2.20 pagi berikutan kenaikan paras air bermula sejak petang akibat hujan lebat serta dibantu dengan fenomena air pasang yang meningkatkan paras air terutamanya di Kampung Endap,” katanya. Menurut Mohd Zaidi, setakat jam 3 petang, seramai 79 KIR melibatkan 255 penduduk telah mendaftar masuk ke PPS berkenaan dan jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan paras air yang masih naik. Walaupun hujan telah mula berhenti, dedahnya cuaca masih mendung dan pihak meteorologi meramalkan hujan akan berterusan sehingga esok. “Kita menjangkakan pertambahan keluarga akan berpindah memandangkan paras air masih meningkat,” katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2026/01/09/255-mangsa-banjir-berteduh-di-pps-sk-endap Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Samarahan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid028rEHjFBXZ5qeByoQhtb3DdjKvgiT3XqveJcThEMw3GpQSnkfirhsCo7MYT4ADyFwl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews