#BILIKGERAKAN

APM PANTAU KAWASAN RISIKO BANJIR DI ASAJAYA

ASAJAYA: Paras air meningkat di beberapa kawasan di sini, masih dalam keadaan terkawal, manakala jalan raya di semua lokasi dilaporkan boleh dilalui kenderaan tanpa sebarang masalah.

Keadaan ini disahkan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Asajaya, Lt. (PA) Hafizul Samah memaklumkan, beberapa anggota melakukan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir di Asajaya, hari ini.

“Pemantauan dijalankan antara 8.33 hingga 10.12 pagi oleh tiga anggota bertujuan untuk memastikan keselamatan penduduk dan kelancaran lalu lintas,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Beliau menambah, hujan renyai dilaporkan berlaku di Kampung Sampun Jugu, Kampung Sampun Kelili, Kampung Sampun Gerunggang, Kampung Asajaya Ulu dan Kampung Asajaya Lot sepanjang tempoh pemantauan.

Bagaimanapun ujarnya, tiada insiden bencana atau kecemasan dilaporkan setakat ini.

“Tiada proses pemindahan penduduk atau pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dijalankan. Pasukan sentiasa bersedia digerakkan sekiranya berlaku perubahan keadaan.

“Penduduk dinasihatkan memantau keadaan cuaca dan paras air di kawasan masing-masing. Sebarang kecemasan boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 atau PKOD Asajaya di 082-827091,” katanya lagi.

Berita selanjutnya di sini:
https://suarasarawak.my/apm-pantau-kawasan-risiko-banjir-di-asajaya/

Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Asajaya

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0EM1pApWj4Fbyuy4zZAWRUMzHUrxFgfSzgw4zFeyTjjSqNaTrsdUbQWajRmr15YY2l
#BILIKGERAKAN APM PANTAU KAWASAN RISIKO BANJIR DI ASAJAYA ASAJAYA: Paras air meningkat di beberapa kawasan di sini, masih dalam keadaan terkawal, manakala jalan raya di semua lokasi dilaporkan boleh dilalui kenderaan tanpa sebarang masalah. Keadaan ini disahkan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Asajaya, Lt. (PA) Hafizul Samah memaklumkan, beberapa anggota melakukan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir di Asajaya, hari ini. “Pemantauan dijalankan antara 8.33 hingga 10.12 pagi oleh tiga anggota bertujuan untuk memastikan keselamatan penduduk dan kelancaran lalu lintas,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini. Beliau menambah, hujan renyai dilaporkan berlaku di Kampung Sampun Jugu, Kampung Sampun Kelili, Kampung Sampun Gerunggang, Kampung Asajaya Ulu dan Kampung Asajaya Lot sepanjang tempoh pemantauan. Bagaimanapun ujarnya, tiada insiden bencana atau kecemasan dilaporkan setakat ini. “Tiada proses pemindahan penduduk atau pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dijalankan. Pasukan sentiasa bersedia digerakkan sekiranya berlaku perubahan keadaan. “Penduduk dinasihatkan memantau keadaan cuaca dan paras air di kawasan masing-masing. Sebarang kecemasan boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 atau PKOD Asajaya di 082-827091,” katanya lagi. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/apm-pantau-kawasan-risiko-banjir-di-asajaya/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Asajaya #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0EM1pApWj4Fbyuy4zZAWRUMzHUrxFgfSzgw4zFeyTjjSqNaTrsdUbQWajRmr15YY2l
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews