• #OPERASI

    ULAR TEDUNG SELAR 4.5 METER TERBANTUT NAK ‘BAHAM’ ULAR SAWA

    KUALA PILAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Pilah berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang 4.5 meter yang bersembunyi dalam rimbunan pokok pandan di Kampung Parit, di sini hari ini.

    Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Azlina Ahmad Fuazi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang, pihaknya menerima laporan awam menyatakan terdapat seekor ular tedung selar sedang mengejar mangsanya iaitu seekor ular sawa liar.

    “Ular berkenaan masuk ke dalam rumpun pokok pandan yang merimbun. Kejadian itu telah mengejutkan penduduk lalu segera menghubungi APM.

    “Seramai empat anggota APM yang diketuai Sarjan (PA) Zulfakhri Zulkarnain tiba di lokasi kejadian dan mendapati terdapat seekor ular tedung selar dengan anggaran berat 12 kilogram berada dalam rumpun pokok pandan.

    “Ular tedung selar itu bertindak agresif dan mahu masuk ke longkang sebelum berjaya ditangkap oleh anggota APM dengan menggunakan penyepit,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

    Katanya, ular sawa berkenaan ‘terselamat’ daripada menjadi makanan ular tedung selar sebelum anggota APM tiba di lokasi.

    Tambahnya, ular tedung selar itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.kosmo.com.my/2025/12/26/ular-tedung-selar-4-5-meter-terbantut-nak-baham-ular-sawa/

    Dipetik daripada akhbar:
    Kosmo Online

    Jabatan Perdana Menteri
    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan
    Apm Kuala Pilah

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Qau7rvm9XsQHSCXM8WdpzzXxnB7pMSZnwjW6PKoVjagkAt3868YGUt4i8eGJbbCQl
    #OPERASI ULAR TEDUNG SELAR 4.5 METER TERBANTUT NAK ‘BAHAM’ ULAR SAWA KUALA PILAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Pilah berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang 4.5 meter yang bersembunyi dalam rimbunan pokok pandan di Kampung Parit, di sini hari ini. Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Azlina Ahmad Fuazi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang, pihaknya menerima laporan awam menyatakan terdapat seekor ular tedung selar sedang mengejar mangsanya iaitu seekor ular sawa liar. “Ular berkenaan masuk ke dalam rumpun pokok pandan yang merimbun. Kejadian itu telah mengejutkan penduduk lalu segera menghubungi APM. “Seramai empat anggota APM yang diketuai Sarjan (PA) Zulfakhri Zulkarnain tiba di lokasi kejadian dan mendapati terdapat seekor ular tedung selar dengan anggaran berat 12 kilogram berada dalam rumpun pokok pandan. “Ular tedung selar itu bertindak agresif dan mahu masuk ke longkang sebelum berjaya ditangkap oleh anggota APM dengan menggunakan penyepit,” katanya kepada Kosmo! hari ini. Katanya, ular sawa berkenaan ‘terselamat’ daripada menjadi makanan ular tedung selar sebelum anggota APM tiba di lokasi. Tambahnya, ular tedung selar itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE Berita selanjutnya di sini: https://www.kosmo.com.my/2025/12/26/ular-tedung-selar-4-5-meter-terbantut-nak-baham-ular-sawa/ Dipetik daripada akhbar: Kosmo Online Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan Apm Kuala Pilah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Qau7rvm9XsQHSCXM8WdpzzXxnB7pMSZnwjW6PKoVjagkAt3868YGUt4i8eGJbbCQl
    0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews
  • #ASPIRASI

    Seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM pada 27 Disember 2025 (Sabtu).

    Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan YAS Tuan TKPO kesihatan yang berpanjangan, ketabahan yang teguh, kebijaksanaan yang mendalam serta keberkatan yang melimpah dalam menerajui APM ke tahap yang lebih cemerlang.

    Jabatan Perdana Menteri

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI
    **

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0354iWpfGN6oxZ7Z79ByGEoHki8U7mwDEc3Yc7FQm83SWHcgdLAayLANV1Sac2xubvl
    #ASPIRASI Seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM pada 27 Disember 2025 (Sabtu). Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan YAS Tuan TKPO kesihatan yang berpanjangan, ketabahan yang teguh, kebijaksanaan yang mendalam serta keberkatan yang melimpah dalam menerajui APM ke tahap yang lebih cemerlang. Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0354iWpfGN6oxZ7Z79ByGEoHki8U7mwDEc3Yc7FQm83SWHcgdLAayLANV1Sac2xubvl
    0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    MANGSA BANJIR TERENGGANU MENINGKAT 468 ORANG

    KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 468 mangsa daripada 116 keluarga membabitkan tiga daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun.

    Mereka kini berlindung di empat pusat pemindahan sementara di ketiga-tiga daerah terbabit.

    Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, Kuala Nerus menjadi daerah paling terjejas membabitkan 372 mangsa daripada 91 keluarga.

    “Kesemua mangsa tersebut berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot.

    “Seramai 83 mangsa daripada 23 keluarga pula berada di PPS SK Chendering, Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.

    Menurut jurucakap itu, PPS Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan, Dungun pula mempunyai 13 mangsa daripada dua keluarga.

    Beliau berkata, pemantauan sedang diadakan memandangkan hujan masih turun di beberapa kawasan di Terengganu. – KOSMO! ONLINE

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/mangsa-banjir-terengganu-meningkat-468-orang/

    Dipetik daripada akhbar:
    Kosmo Online

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Negeri Terengganu

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0yGgFy3Cu6nqUdR18BqXj2cEwdbt8qL1wBhwMfaE2cDNE6AV38E87rjmXRyWtbxA3l
    #BILIKGERAKAN MANGSA BANJIR TERENGGANU MENINGKAT 468 ORANG KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 468 mangsa daripada 116 keluarga membabitkan tiga daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun. Mereka kini berlindung di empat pusat pemindahan sementara di ketiga-tiga daerah terbabit. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, Kuala Nerus menjadi daerah paling terjejas membabitkan 372 mangsa daripada 91 keluarga. “Kesemua mangsa tersebut berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot. “Seramai 83 mangsa daripada 23 keluarga pula berada di PPS SK Chendering, Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini. Menurut jurucakap itu, PPS Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan, Dungun pula mempunyai 13 mangsa daripada dua keluarga. Beliau berkata, pemantauan sedang diadakan memandangkan hujan masih turun di beberapa kawasan di Terengganu. – KOSMO! ONLINE Berita selanjutnya di sini: https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/mangsa-banjir-terengganu-meningkat-468-orang/ Dipetik daripada akhbar: Kosmo Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Terengganu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0yGgFy3Cu6nqUdR18BqXj2cEwdbt8qL1wBhwMfaE2cDNE6AV38E87rjmXRyWtbxA3l
    0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    KEADAAN BANJIR DI SELANGAU MASIH TERKAWAL

    SELANGAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau terus menjalankan pemantauan rapi di kawasan berisiko dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda daerah itu.

    Pemantauan yang dilaksanakan pagi tadi melibatkan beberapa lokasi di persisiran Sungai Batang Oya.

    Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, hasil tinjauan mendapati paras air di Jambatan Sungai Batang Oya menunjukkan trend penurunan.

    Menurutnya, Jalan Tabalong menuju ke Sungai Alat pula dinaiki air setakat paras buku lali di kawasan jalan rendah.

    “Paras air di Jalan Nanga Tamin Lorong 4 (Simpang Rumah Lesia) dianggarkan kira-kira 0.35 meter, manakala kawasan Rumah Lesia, Sungai Sekara mencatatkan paras antara 0.17 hingga 0.20 meter di kawasan serta jalan rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau menambah, Jalan Sekara menuju ke Nanga Tamin masih dinaiki air dengan paras antara 0.27 hingga satu meter di kawasan jalan rendah, sekali gus menyebabkan laluan tersebut tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan setakat ini.

    “Hasil tinjauan turut mendapati kawasan dan jalan rendah di sekitar Rumah Lesia dinaiki air, namun keadaan itu masih belum menjejaskan struktur kediaman penduduk.

    “Kebanyakan penduduk di kawasan hilir Sungai Batang Oya menggunakan perahu sebagai pengangkutan alternatif melalui sungai berkenaan untuk ke Pekan Stapang,” katanya.

    Beliau menegaskan semua penduduk serta rumah panjang di sepanjang tebing Sungai Batang Oya tidak terjejas dan keadaan di lokasi masih terkawal.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://suarasarawak.my/keadaan-banjir-di-selangau-masih-terkawal/

    Dipetik daripada akhbar:
    Suara Sarawak

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak
    APM Selangau

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid031h7zDgY1PYaMzhbKCoVmJbYrXLykHj2uZtwFNB4CeNpPqnrFgPB8Jfxquo23F9pWl
    #BILIKGERAKAN KEADAAN BANJIR DI SELANGAU MASIH TERKAWAL SELANGAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau terus menjalankan pemantauan rapi di kawasan berisiko dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda daerah itu. Pemantauan yang dilaksanakan pagi tadi melibatkan beberapa lokasi di persisiran Sungai Batang Oya. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, hasil tinjauan mendapati paras air di Jambatan Sungai Batang Oya menunjukkan trend penurunan. Menurutnya, Jalan Tabalong menuju ke Sungai Alat pula dinaiki air setakat paras buku lali di kawasan jalan rendah. “Paras air di Jalan Nanga Tamin Lorong 4 (Simpang Rumah Lesia) dianggarkan kira-kira 0.35 meter, manakala kawasan Rumah Lesia, Sungai Sekara mencatatkan paras antara 0.17 hingga 0.20 meter di kawasan serta jalan rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau menambah, Jalan Sekara menuju ke Nanga Tamin masih dinaiki air dengan paras antara 0.27 hingga satu meter di kawasan jalan rendah, sekali gus menyebabkan laluan tersebut tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan setakat ini. “Hasil tinjauan turut mendapati kawasan dan jalan rendah di sekitar Rumah Lesia dinaiki air, namun keadaan itu masih belum menjejaskan struktur kediaman penduduk. “Kebanyakan penduduk di kawasan hilir Sungai Batang Oya menggunakan perahu sebagai pengangkutan alternatif melalui sungai berkenaan untuk ke Pekan Stapang,” katanya. Beliau menegaskan semua penduduk serta rumah panjang di sepanjang tebing Sungai Batang Oya tidak terjejas dan keadaan di lokasi masih terkawal. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/keadaan-banjir-di-selangau-masih-terkawal/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Selangau #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid031h7zDgY1PYaMzhbKCoVmJbYrXLykHj2uZtwFNB4CeNpPqnrFgPB8Jfxquo23F9pWl
    0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    PARAS AIR SUNGAI BATANG MUKAH KEMBALI TERKAWAL

    SELANGAU: Kawasan persisiran Sungai Batang Mukah dilaporkan berada dalam keadaan terkawal apabila semua kawasan serta jalan rendah yang sebelum ini dinaiki air telah surut sepenuhnya.

    Hasil tinjauan yang dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau pagi tadi mendapati paras air di Tebingan Sungai Batang Mukah menunjukkan trend mendatar.

    Selain itu, kawasan Rumah Magdeline Entayang di Kampung Melinau Baru, Rumah Silvester di Kampung Kara serta Rumah Chandu di Kampung Keranji Madu turut dilaporkan tidak dinaiki air, termasuk di kawasan jalan dan jambatan rendah.

    Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, tinjauan itu dilaksanakan susulan hujan lebat yang berlaku di daerah berkenaan bagi menilai situasi semasa di kawasan berisiko dinaiki air.

    “Sehubungan itu, tinjauan ke lokasi pada pagi ini mendapati kesemua kawasan dan jalan rendah yang sebelum ini dinaiki air telah surut sepenuhnya.

    “Selain itu, penduduk rumah panjang di sekitar Tebingan Sungai Batang Mukah tidak terjejas dan keadaan di lokasi masih terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://suarasarawak.my/paras-air-sungai-batang-mukah-kembali-terkawal/

    Dipetik daripada akhbar:
    Suara Sarawak

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak
    APM Selangau

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02tmtAMqzvipWjEsxVWgHhS2g6Jt3YFoberj2bWfVkhKxjRoiTkZ6ZLdhmQEzwLnR1l
    #BILIKGERAKAN PARAS AIR SUNGAI BATANG MUKAH KEMBALI TERKAWAL SELANGAU: Kawasan persisiran Sungai Batang Mukah dilaporkan berada dalam keadaan terkawal apabila semua kawasan serta jalan rendah yang sebelum ini dinaiki air telah surut sepenuhnya. Hasil tinjauan yang dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau pagi tadi mendapati paras air di Tebingan Sungai Batang Mukah menunjukkan trend mendatar. Selain itu, kawasan Rumah Magdeline Entayang di Kampung Melinau Baru, Rumah Silvester di Kampung Kara serta Rumah Chandu di Kampung Keranji Madu turut dilaporkan tidak dinaiki air, termasuk di kawasan jalan dan jambatan rendah. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, tinjauan itu dilaksanakan susulan hujan lebat yang berlaku di daerah berkenaan bagi menilai situasi semasa di kawasan berisiko dinaiki air. “Sehubungan itu, tinjauan ke lokasi pada pagi ini mendapati kesemua kawasan dan jalan rendah yang sebelum ini dinaiki air telah surut sepenuhnya. “Selain itu, penduduk rumah panjang di sekitar Tebingan Sungai Batang Mukah tidak terjejas dan keadaan di lokasi masih terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/paras-air-sungai-batang-mukah-kembali-terkawal/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Selangau #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02tmtAMqzvipWjEsxVWgHhS2g6Jt3YFoberj2bWfVkhKxjRoiTkZ6ZLdhmQEzwLnR1l
    0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews
  • #OPERASI

    ANAK BUAYA TERSESAT DI KAWASAN RUMAH PENDUDUK BERJAYA DITANGKAP

    LAWAS: Seekor anak buaya yang tersesat di kawasan rumah penduduk berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas malam Khamis.

    Pegawai APM Daerah Lawas Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.30 malam daripada penduduk yang mendakwa menemui buaya di atas jalan di rumah terbabit.

    Katanya sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi yang sejauh 29 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

    “Reptilia itu dipercayai tersesat sebelum ditemui penduduk di kawasan terbabit yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak APM.

    “Setibanya di lokasi, pasukan mendapati anak buaya berada di sebelah rumah penduduk dan berpotensi mengancam keselamatan penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Katanya, pasukan operasi telah berjaya menangkap anak buaya tersebut menggunakan teknik menjerut dengan selamat dan terkawal.

    Operasi tersebut telah ditamatkan pada jam 9.48 malam.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.utusanborneo.com.my/2025/12/26/anak-buaya-tersesat-di-kawasan-rumah-penduduk-berjaya-ditangkap

    Dipetik daripada akhbar:
    Utusan Borneo Online

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak
    Apm Lawas

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0WLRiwsirmogTTLANyE3C4sFCRBvD3VxuQp9RzGwvLkgWr4i3ZH1YMkFqRhswvTEgl
    #OPERASI ANAK BUAYA TERSESAT DI KAWASAN RUMAH PENDUDUK BERJAYA DITANGKAP LAWAS: Seekor anak buaya yang tersesat di kawasan rumah penduduk berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas malam Khamis. Pegawai APM Daerah Lawas Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.30 malam daripada penduduk yang mendakwa menemui buaya di atas jalan di rumah terbabit. Katanya sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi yang sejauh 29 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD). “Reptilia itu dipercayai tersesat sebelum ditemui penduduk di kawasan terbabit yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak APM. “Setibanya di lokasi, pasukan mendapati anak buaya berada di sebelah rumah penduduk dan berpotensi mengancam keselamatan penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, pasukan operasi telah berjaya menangkap anak buaya tersebut menggunakan teknik menjerut dengan selamat dan terkawal. Operasi tersebut telah ditamatkan pada jam 9.48 malam. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2025/12/26/anak-buaya-tersesat-di-kawasan-rumah-penduduk-berjaya-ditangkap Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Apm Lawas #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0WLRiwsirmogTTLANyE3C4sFCRBvD3VxuQp9RzGwvLkgWr4i3ZH1YMkFqRhswvTEgl
    0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    APM MATU PERKUKUH TAHAP KESIAPSIAGAAN HADAPI BANJIR

    MUKAH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Matu terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir menerusi pemantauan rapi kawasan berisiko, pemeriksaan harian aset serta pengurusan anggota yang berdisiplin.

    Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Kapten (PA) Azamsah Apearal berkata, langkah berterusan itu penting bagi memastikan setiap keperluan operasi berada dalam keadaan bersedia dan boleh digerakkan pada bila-bila masa.

    Menurut beliau, anggota APM secara konsisten menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan yang dikenal pasti mudah dilanda banjir di sekitar daerah Matu, khususnya di penempatan penduduk berhampiran tebing sungai dan kawasan rendah.

    “Pemantauan ini bertujuan mengesan sebarang perubahan paras air lebih awal serta membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Selain itu, Azamsah berkata pemeriksaan harian terhadap kenderaan operasi dan logistik turut dilaksanakan bagi memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik serta berfungsi sepenuhnya.

    “Setiap hari anggota akan memeriksa kenderaan, peralatan menyelamat dan logistik bagi memastikan semuanya boleh digunakan dengan segera apabila diperlukan,” ujarnya.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.utusanborneo.com.my/2025/12/28/apm-matu-perkukuh-tahap-kesiapsiagaan-hadapi-banjir

    Dipetik daripada akhbar:
    Utusan Borneo Online

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Sarawak
    Apm Matu

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02DTo3bnHN4b9Svpp8yavg9qNzrJJ9tkKrGYmN6D4AVqdW57WQrCV2GPD53M7sWjrgl
    #BILIKGERAKAN APM MATU PERKUKUH TAHAP KESIAPSIAGAAN HADAPI BANJIR MUKAH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Matu terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir menerusi pemantauan rapi kawasan berisiko, pemeriksaan harian aset serta pengurusan anggota yang berdisiplin. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Kapten (PA) Azamsah Apearal berkata, langkah berterusan itu penting bagi memastikan setiap keperluan operasi berada dalam keadaan bersedia dan boleh digerakkan pada bila-bila masa. Menurut beliau, anggota APM secara konsisten menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan yang dikenal pasti mudah dilanda banjir di sekitar daerah Matu, khususnya di penempatan penduduk berhampiran tebing sungai dan kawasan rendah. “Pemantauan ini bertujuan mengesan sebarang perubahan paras air lebih awal serta membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, Azamsah berkata pemeriksaan harian terhadap kenderaan operasi dan logistik turut dilaksanakan bagi memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik serta berfungsi sepenuhnya. “Setiap hari anggota akan memeriksa kenderaan, peralatan menyelamat dan logistik bagi memastikan semuanya boleh digunakan dengan segera apabila diperlukan,” ujarnya. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2025/12/28/apm-matu-perkukuh-tahap-kesiapsiagaan-hadapi-banjir Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Apm Matu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02DTo3bnHN4b9Svpp8yavg9qNzrJJ9tkKrGYmN6D4AVqdW57WQrCV2GPD53M7sWjrgl
    0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    BANJIR PULIH SEPENUHNYA DI TERENGGANU

    TERENGGANU: Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak kelmarin, pulih sepenuhnya apabila kesemua tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah ditutup pada jam 4.00 petang tadi.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, 54 penduduk yang berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, lapan di SK Tok Jembal, Kuala Nerus dan 29 orang yang berlindung di SK Kompleks Mengabang Telipot telah dibenarkan pulang.

    Cuaca baik bermula pagi semalam sehingga petang ini, membolehkan penduduk pulang untuk membersihkan kediaman masing-masing.

    Banjir gelombang ketiga itu, telah menjejaskan tiga daerah iaitu Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

    Hujan lebat melebihi 10 jam bermula pada malam Khamis sehingga petang Jumaat lalu, telah menjejaskan lebih 400 penduduk.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.buletintv3.my/nasional/banjir-pulih-sepenuhnya-di-terengganu/

    Dipetik daripada akhbar:
    Buletin TV3

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Negeri Terengganu

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02jxtWDZbSt5PahksTJ74rgzDDNDWCsRRp7hgnpxVhTmH2iyLmnk57J1spgyFEb7UEl
    #BILIKGERAKAN BANJIR PULIH SEPENUHNYA DI TERENGGANU TERENGGANU: Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak kelmarin, pulih sepenuhnya apabila kesemua tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah ditutup pada jam 4.00 petang tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, 54 penduduk yang berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, lapan di SK Tok Jembal, Kuala Nerus dan 29 orang yang berlindung di SK Kompleks Mengabang Telipot telah dibenarkan pulang. Cuaca baik bermula pagi semalam sehingga petang ini, membolehkan penduduk pulang untuk membersihkan kediaman masing-masing. Banjir gelombang ketiga itu, telah menjejaskan tiga daerah iaitu Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Hujan lebat melebihi 10 jam bermula pada malam Khamis sehingga petang Jumaat lalu, telah menjejaskan lebih 400 penduduk. Berita selanjutnya di sini: https://www.buletintv3.my/nasional/banjir-pulih-sepenuhnya-di-terengganu/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Terengganu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02jxtWDZbSt5PahksTJ74rgzDDNDWCsRRp7hgnpxVhTmH2iyLmnk57J1spgyFEb7UEl
    0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews
  • #KEPIMPINAN

    MESYUARAT LEMBAGA KENAIKAN PANGKAT PERKHIDMATAN AWAM APM TAHUN 2025

    Isnin, 29 Disember 2025 - Sekitar sesi mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Bilik Mesyuarat Tuah, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada pagi tadi.

    Turut hadir, YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM bersama YS Kol. Bersekutu (PA) Khadijah binti Jusoh, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia IPPA, Pn. Fakhriyah binti Kassim, Wakil Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pn. Nik Sufiah binti Nik Soh, Wakil Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pegawai APM.

    Jabatan Perdana Menteri

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI
    **

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0kdLDsMoNwMnkjrEXjPWa4sNH5btMFsahxMRJuCpvDisumARa491gEo8BqYbaWsXMl
    #KEPIMPINAN MESYUARAT LEMBAGA KENAIKAN PANGKAT PERKHIDMATAN AWAM APM TAHUN 2025 Isnin, 29 Disember 2025 - Sekitar sesi mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Bilik Mesyuarat Tuah, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada pagi tadi. Turut hadir, YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM bersama YS Kol. Bersekutu (PA) Khadijah binti Jusoh, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia IPPA, Pn. Fakhriyah binti Kassim, Wakil Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pn. Nik Sufiah binti Nik Soh, Wakil Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pegawai APM. Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0kdLDsMoNwMnkjrEXjPWa4sNH5btMFsahxMRJuCpvDisumARa491gEo8BqYbaWsXMl
    0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews
  • #BILIKGERAKAN

    1 LAGI PPS DIBUKA DI SEGAMAT, MANGSA BANJIR DI JOHOR KINI 163 ORANG

    Segamat: Jumlah mangsa banjir di Johor terutama di daerah ini meningkat dengan satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka menjadi keseluruhannya tujuh.

    Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman, berkata PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tah Kang, Buloh Kasap mula dibuka pada jam 8 pagi tadi.

    Beliau berkata, setakat jam 10 pagi, jumlah mangsa banjir dipindahkan ke dua PPS di daerah itu adalah seramai 163 orang terdiri daripada 54 keluarga meningkat daripada 148 orang (50 keluarga).

    "Mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Kampung Tasek meningkat kepada 32 orang membabitkan 10 keluarga.

    "Manakala, PPS yang baru dibuka SJKC Tah Kang menempatkan 34 mangsa daripada 13 keluarga. Jumlah mangsa di lima lagi PPS pula tidak menunjukkan perubahan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

    Sementara itu, Asman Shah berkata paras air dua sungai iaitu Sungai Muar di Kampung Awat dan Sungai Muar di Buloh Kasap melepasi paras amaran.

    Katanya, Sungai Muar di Kampung Awat merekodkan bacaan 20.12 meter (m) melepasi paras bahaya 19.85m manakala Sungai Muar di Buloh Kasap. 8.61m melebihi paras 8.53m.

    "Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat; Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat dan Sungai Kesang di Telok Rimba serta Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma'amor, Tangkak pula melepasi paras amaran," katanya.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2025/12/1304968/1-lagi-pps-dibuka-di-segamat-mangsa-banjir-di-johor-kini-163-orang

    Dipetik daripada akhbar:
    Harian Metro

    Jabatan Perdana Menteri
    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
    Angkatan Pertahanan Awam Daerah Segamat

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02WYsm7ks1B6DA6M1trYTqDq1X1dQXxCeXKskzbyAWtQ3ceK7qb9GFnmjuZu4atug5l
    #BILIKGERAKAN 1 LAGI PPS DIBUKA DI SEGAMAT, MANGSA BANJIR DI JOHOR KINI 163 ORANG Segamat: Jumlah mangsa banjir di Johor terutama di daerah ini meningkat dengan satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka menjadi keseluruhannya tujuh. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman, berkata PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tah Kang, Buloh Kasap mula dibuka pada jam 8 pagi tadi. Beliau berkata, setakat jam 10 pagi, jumlah mangsa banjir dipindahkan ke dua PPS di daerah itu adalah seramai 163 orang terdiri daripada 54 keluarga meningkat daripada 148 orang (50 keluarga). "Mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Kampung Tasek meningkat kepada 32 orang membabitkan 10 keluarga. "Manakala, PPS yang baru dibuka SJKC Tah Kang menempatkan 34 mangsa daripada 13 keluarga. Jumlah mangsa di lima lagi PPS pula tidak menunjukkan perubahan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. Sementara itu, Asman Shah berkata paras air dua sungai iaitu Sungai Muar di Kampung Awat dan Sungai Muar di Buloh Kasap melepasi paras amaran. Katanya, Sungai Muar di Kampung Awat merekodkan bacaan 20.12 meter (m) melepasi paras bahaya 19.85m manakala Sungai Muar di Buloh Kasap. 8.61m melebihi paras 8.53m. "Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat; Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat dan Sungai Kesang di Telok Rimba serta Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma'amor, Tangkak pula melepasi paras amaran," katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2025/12/1304968/1-lagi-pps-dibuka-di-segamat-mangsa-banjir-di-johor-kini-163-orang Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor Angkatan Pertahanan Awam Daerah Segamat #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02WYsm7ks1B6DA6M1trYTqDq1X1dQXxCeXKskzbyAWtQ3ceK7qb9GFnmjuZu4atug5l
    0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews