#BILIKGERAKAN

PARAS AIR SUNGAI BATANG MUKAH KEMBALI TERKAWAL

SELANGAU: Kawasan persisiran Sungai Batang Mukah dilaporkan berada dalam keadaan terkawal apabila semua kawasan serta jalan rendah yang sebelum ini dinaiki air telah surut sepenuhnya.

Hasil tinjauan yang dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau pagi tadi mendapati paras air di Tebingan Sungai Batang Mukah menunjukkan trend mendatar.

Selain itu, kawasan Rumah Magdeline Entayang di Kampung Melinau Baru, Rumah Silvester di Kampung Kara serta Rumah Chandu di Kampung Keranji Madu turut dilaporkan tidak dinaiki air, termasuk di kawasan jalan dan jambatan rendah.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, tinjauan itu dilaksanakan susulan hujan lebat yang berlaku di daerah berkenaan bagi menilai situasi semasa di kawasan berisiko dinaiki air.

“Sehubungan itu, tinjauan ke lokasi pada pagi ini mendapati kesemua kawasan dan jalan rendah yang sebelum ini dinaiki air telah surut sepenuhnya.

“Selain itu, penduduk rumah panjang di sekitar Tebingan Sungai Batang Mukah tidak terjejas dan keadaan di lokasi masih terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita selanjutnya di sini:
https://suarasarawak.my/paras-air-sungai-batang-mukah-kembali-terkawal/

Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Selangau

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02tmtAMqzvipWjEsxVWgHhS2g6Jt3YFoberj2bWfVkhKxjRoiTkZ6ZLdhmQEzwLnR1l
#BILIKGERAKAN PARAS AIR SUNGAI BATANG MUKAH KEMBALI TERKAWAL SELANGAU: Kawasan persisiran Sungai Batang Mukah dilaporkan berada dalam keadaan terkawal apabila semua kawasan serta jalan rendah yang sebelum ini dinaiki air telah surut sepenuhnya. Hasil tinjauan yang dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau pagi tadi mendapati paras air di Tebingan Sungai Batang Mukah menunjukkan trend mendatar. Selain itu, kawasan Rumah Magdeline Entayang di Kampung Melinau Baru, Rumah Silvester di Kampung Kara serta Rumah Chandu di Kampung Keranji Madu turut dilaporkan tidak dinaiki air, termasuk di kawasan jalan dan jambatan rendah. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, tinjauan itu dilaksanakan susulan hujan lebat yang berlaku di daerah berkenaan bagi menilai situasi semasa di kawasan berisiko dinaiki air. “Sehubungan itu, tinjauan ke lokasi pada pagi ini mendapati kesemua kawasan dan jalan rendah yang sebelum ini dinaiki air telah surut sepenuhnya. “Selain itu, penduduk rumah panjang di sekitar Tebingan Sungai Batang Mukah tidak terjejas dan keadaan di lokasi masih terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/paras-air-sungai-batang-mukah-kembali-terkawal/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Selangau #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02tmtAMqzvipWjEsxVWgHhS2g6Jt3YFoberj2bWfVkhKxjRoiTkZ6ZLdhmQEzwLnR1l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews