Misi, Visi dan Objektif APM

0
83

TAKRIF PERTAHANAN AWAM

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Visi, Misi Dan Moto

VISI:

Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana.

MISI:

Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.

MOTO:

“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

 

Objektif

Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:

  1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
  2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
  3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.

Memberi respond kepada bencana dengan cara:

  1. Menubuhkan pasukan (First Responder).
  2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan.

Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:

  1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
  2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
  3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.

Teras Strategik

  1. Pemantapan dasar pertahanan awam negara dan perundangan
  2. Keutuhan rakyat dan kesejahteraan negara
  3. Pemerkasaan angkatan
  4. Pemantapan penyampaian perkhidmatan

 

Nilai & Teras

  1. Integriti
  2. Komitmen
  3. Kualiti
  4. Inovasi Dan Kreativiti
  5. Profesionalisme
  6. Semangat Kekitaan dan Sepunya
  7. Keterbukaan
  8. Kebolehpercayaan

 

 

Sumber: Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (civildefence.gov.my), dicapai Julai 2026.

Search
Categories
Read More
Kedah
Carta Organisasi APM Kedah
Carta Organisasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri KedahCarta organisasi bagi negeri ini...
Kedah
Lokasi & Peta APM Kedah
Pejabat Negeri Pertahanan Awam KedahAlamatTingkat 6, Wisma Persekutuan, 05000 Alor Setar, Kedah...
Pahang
Lokasi & Peta APM Pahang
Pejabat Negeri Pertahanan Awam PahangAlamatLot 1057 & 1058, Jalan Beserah, 26100 Kuantan, Pahang...
Kebangsaan
Piagam Pelanggan APM
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan dalam bidang pengurusan bencana dan kecemasan dengan...
By Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2026-07-27 19:54:33 0 115
Perlis
Carta Organisasi APM Perlis
Carta Organisasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis← Leret untuk lihat carta...