Sejarah & Profil APM Kedah

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah

Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah ditubuhkan pada 5 Oktober 1964 bertempat di pekan Pumpong, Alor Setar dan mempunyai satu cawangan sahaja. Pejabat Pertahanan Awam Kedah telah dinaik taraf dan berpindah ke Wisma Persekutuan Alor Setar pada 1 Julai 1970. Pada tahun 1980, berlaku penaiktarafan jawatan daripada Pegawai Penjaga kepada Pegawai Pertahanan Awam Daerah. Sehingga kini APM Kedah telah mempunyai 10 Pejabat Pertahanan Awam di Daerah (PDPA) iaitu di Kota Setar, Langkawi, Padang Terap, Pendang, Yan, Sik, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu dan Baling. Pada 30 Jun 2013, APM Kedah telah menerima Pusat Pertahanan Awam yang baru terletak di Anak Bukit dengan pembinaan kompleks bernilai RM 18 juta; pada tarikh tersebut PDPA Kota Setar telah berpindah ke kompleks tersebut.

Sedia, Pantas, Berintegriti.

Sumber: Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (civildefence.gov.my), dicapai Julai 2026.

Cari
Categories
Read More
Terengganu
Lokasi & Peta APM Terengganu
Pejabat Negeri Pertahanan Awam TerengganuAlamatJalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 21300 Kuala...
Sabah
Carta Organisasi APM Sabah
Carta Organisasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sabah← Leret untuk lihat carta...
Pahang
Sejarah & Profil APM Pahang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri PahangAPM Negeri Pahang mula ditubuhkan dan beroperasi...
Pulau Pinang
Sejarah & Profil APM Pulau Pinang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau PinangPejabat Pertahanan Awam pertama dibuka di...
Perlis
Lokasi & Peta APM Perlis
Pejabat Negeri Pertahanan Awam PerlisAlamatLot 8337, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis...