#LATIHAN
LATIHAN MINGGUAN PERKASA KESIAPSIAGAAN 29 ANGGOTA APM HADAPI KECEMASAN
SARATOK: Seramai 29 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok menyertai Latihan Pasukan Mingguan (Pertama) bagi bulan Julai 2026 yang diadakan di perkarangan Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Saratok sebagai usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan kecekapan menghadapi pelbagai situasi kecemasan serta bencana.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu berkata, latihan berkenaan melibatkan penyertaan anggota MyASPA-P, MyASPA-O dan ASPA yang diberikan pendedahan kepada pelbagai modul latihan berasaskan operasi sebenar.
Beliau berkata latihan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan APM dalam memastikan setiap anggota memiliki tahap disiplin, kompetensi dan kesiapsiagaan yang tinggi bagi melaksanakan tugas menyelamat dengan lebih berkesan.
Menurutnya, antara silibus yang dijalankan ialah kawad kaki, pengenalan peralatan medik di dalam ambulans serta modul Pengurusan Kemalangan Jalan Raya (KJR) yang memberi fokus kepada pengurusan insiden kemalangan jalan raya.
Selain latihan teknikal, peserta turut mengikuti aktiviti pembinaan pasukan atau team building menerusi Cabaran Kepit Kertas dan Teka Gaya dan Rupa yang bertujuan meningkatkan kerjasama serta persefahaman dalam kalangan anggota.
Nur Athirah berkata gabungan latihan teknikal dan aktiviti berkumpulan penting bagi memperkukuh kemahiran komunikasi, koordinasi serta kepimpinan yang menjadi elemen utama dalam pengendalian operasi kecemasan.
Berita selanjutnya di sini:
https://utusansarawak.com.my/latihan-mingguan-perkasa-kesiapsiagaan-29-anggota-apm-hadapi-kecemasan
Dipetik daripada akhbar:
Utusan Sarawak
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Saratok
#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid022z9cEuJEmsP4py7EjtaVLqMVA67UhZLTtJdPcweT486xGMWof5VMVGaMQREmQiphl