#OPERASI

BANJIR HULU LANGAT: MURID BALIK NAIK TRAK

HULU LANGAT: Lebih 100 murid terpaksa pulang menaiki trak tengah hari tadi selepas laluan kira-kira satu kilometer di Jalan Sungai Serai, dekat sini ditenggelami banjir sejak jam 8 pagi.

Mereka sempat hadir ke sekolah ketika jalan boleh dilalui sekitar jam 7 pagi, namun sebaik paras air naik secara mendadak, pihak sekolah mengaktifkan pemindahan keluar menggunakan lori demi memastikan murid dapat pulang dengan selamat.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai, Zulkifli Wahab, berkata pihak sekolah mengarahkan murid berkumpul sebaik paras air meningkat sekitar 8.30 pagi untuk pemindahan ke lokasi selamat, kira-kira satu kilometer dari sekolah.

"Hujan sejak jam 2 pagi tadi menyebabkan laluan ke sekolah tenggelam dengan cepat. Air naik sedikit-sedikit dari jam 7 lebih sampai sekitar 10 pagi tadi. Hujan bermula dari jam 2 pagi dan berlarutan sampai 8 pagi, kadang renyai," katanya yang tinggal di Taman Perkasa dan sempat menghantar dua anak, masing-masing Tahun 6 dan Tingkatan 5 ke sekolah.

Menurutnya, pemindahan dijalankan sebagai langkah keselamatan apabila laluan keluar masuk ke sekolah tidak lagi boleh dilalui selepas banjir naik secara mendadak.

"Kita sudah biasa dengan banjir dan maklumkan kepada ibu bapa supaya mengambil anak mereka atau pihak sekolah akan bawa ke tempat selamat. Kita tempatkan mereka di simpang tiga Sungai Long supaya ibu bapa boleh ambil anak tanpa perlu meredah banjir bagi menjamin keselamatan mereka," katanya.

Beberapa trak lori miilik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersiap siaga membawa pulang murid-murid sekolah.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/12/1480665/banjir-hulu-langat-murid-balik-naik-trak

Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Selangor
APM Daerah Hulu Langat

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02hLm1QUtVW873KYpbvtr4xkCEHFSMKUnakE1K1vyEnKuRmPvkVySmVktmTjpaooDXl
#OPERASI BANJIR HULU LANGAT: MURID BALIK NAIK TRAK HULU LANGAT: Lebih 100 murid terpaksa pulang menaiki trak tengah hari tadi selepas laluan kira-kira satu kilometer di Jalan Sungai Serai, dekat sini ditenggelami banjir sejak jam 8 pagi. Mereka sempat hadir ke sekolah ketika jalan boleh dilalui sekitar jam 7 pagi, namun sebaik paras air naik secara mendadak, pihak sekolah mengaktifkan pemindahan keluar menggunakan lori demi memastikan murid dapat pulang dengan selamat. Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai, Zulkifli Wahab, berkata pihak sekolah mengarahkan murid berkumpul sebaik paras air meningkat sekitar 8.30 pagi untuk pemindahan ke lokasi selamat, kira-kira satu kilometer dari sekolah. "Hujan sejak jam 2 pagi tadi menyebabkan laluan ke sekolah tenggelam dengan cepat. Air naik sedikit-sedikit dari jam 7 lebih sampai sekitar 10 pagi tadi. Hujan bermula dari jam 2 pagi dan berlarutan sampai 8 pagi, kadang renyai," katanya yang tinggal di Taman Perkasa dan sempat menghantar dua anak, masing-masing Tahun 6 dan Tingkatan 5 ke sekolah. Menurutnya, pemindahan dijalankan sebagai langkah keselamatan apabila laluan keluar masuk ke sekolah tidak lagi boleh dilalui selepas banjir naik secara mendadak. "Kita sudah biasa dengan banjir dan maklumkan kepada ibu bapa supaya mengambil anak mereka atau pihak sekolah akan bawa ke tempat selamat. Kita tempatkan mereka di simpang tiga Sungai Long supaya ibu bapa boleh ambil anak tanpa perlu meredah banjir bagi menjamin keselamatan mereka," katanya. Beberapa trak lori miilik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersiap siaga membawa pulang murid-murid sekolah. Berita selanjutnya di sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/12/1480665/banjir-hulu-langat-murid-balik-naik-trak Dipetik daripada akhbar: Berita Harian Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Selangor APM Daerah Hulu Langat #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02hLm1QUtVW873KYpbvtr4xkCEHFSMKUnakE1K1vyEnKuRmPvkVySmVktmTjpaooDXl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews