#BILIKGERAKAN

'BYE CIKGU, BYE ABANG' - GELAGAT ANAK KECIL REDAH BANJIR

Hulu Langat: "Bye cikgu, bye abang, bye acik." Itu antara gelagat mencuit hati beberapa kanak-kanak yang teruja apabila berpeluang menaiki trak 7 tan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk pulang ke rumah.

Kanak-kanak terbabit turut melambaikan tangan kepada orang ramai di sepanjang jalan sedikit sebanyak mengukir senyuman pada wajah penduduk yang dilanda musibah.

Wartawan difahamkan, kira-kira 80 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai terpaksa menaiki jentera berat susulan banjir di laluan utama di kawasan itu dinaiki air sejak pagi tadi.

Tinjauan di lokasi mendapati, setakat 1.30 tengah hari laluan utama berkenaan masih dinaiki air namun semakin surut dan cuaca di kawasan itu juga cerah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berkata, kira-kira 100 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sungai Serai.

Katanya, beberapa PPS lagi turut dibuka di sekitar kawasan itu bagi memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.

"Dalam seminggu ini keadaan air sungai agak tinggi, jadi bila hujan daripada petang semalam sambung ke subuh, maka air naik di banyak kawasan kampung.

"Ada berlaku banjir lumpur, tetapi itu sudah dapat dikenal pasti puncanya akibat ada yang 'usik' sungai, ada buat kebun-kebun sebagainya itu saya dah minta pejabat daerah untuk periksa," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, keadaan banjir hari ini dalam keadaan terkawal dan cuaca baik diharap berterusan supaya air dapat surut dengan lebih cepat.

Katanya, semua agensi berkaitan sudah turun padang membantu mangsa banjir dan pihaknya ketika ini memberi bantuan dari segi keperluan asas dan makanan bagi mangsa banjir.

Mengulas mengenai pelan jangka panjang bagi menangani banjir di kawasan itu,beliau berkata projek tebatan banjir bernilai RM512 juta yang diluluskan baru-baru ini masih dalam fasa kajian oleh pihak konsultan.

"Jadi ini memang dalam Dewan pun saya cakap minta percepatkan kajian, dan kita nak tengok apa kertas cadangan yang sudah siap dibuat oleh konsultan.

"Dijangka, tahun 2026 atau 2027 baru boleh mula sebab ada pengambilan tanah, mendalamkan, membuat prosedur-prosedur, membuat kolam tadahan dan pelbagai lagi dalam itu," katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1295907/bye-cikgu-bye-abang-gelagat-anak-kecil-redah-banjir

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Selangor
APM Daerah Hulu Langat

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0mcT15MXWUWg8T9PUkyzvQoYMNXzHemBdd5APxkVjLmtBE21qURcZWPJbRfKAAu2Pl
#BILIKGERAKAN 'BYE CIKGU, BYE ABANG' - GELAGAT ANAK KECIL REDAH BANJIR Hulu Langat: "Bye cikgu, bye abang, bye acik." Itu antara gelagat mencuit hati beberapa kanak-kanak yang teruja apabila berpeluang menaiki trak 7 tan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk pulang ke rumah. Kanak-kanak terbabit turut melambaikan tangan kepada orang ramai di sepanjang jalan sedikit sebanyak mengukir senyuman pada wajah penduduk yang dilanda musibah. Wartawan difahamkan, kira-kira 80 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai terpaksa menaiki jentera berat susulan banjir di laluan utama di kawasan itu dinaiki air sejak pagi tadi. Tinjauan di lokasi mendapati, setakat 1.30 tengah hari laluan utama berkenaan masih dinaiki air namun semakin surut dan cuaca di kawasan itu juga cerah. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berkata, kira-kira 100 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sungai Serai. Katanya, beberapa PPS lagi turut dibuka di sekitar kawasan itu bagi memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir. "Dalam seminggu ini keadaan air sungai agak tinggi, jadi bila hujan daripada petang semalam sambung ke subuh, maka air naik di banyak kawasan kampung. "Ada berlaku banjir lumpur, tetapi itu sudah dapat dikenal pasti puncanya akibat ada yang 'usik' sungai, ada buat kebun-kebun sebagainya itu saya dah minta pejabat daerah untuk periksa," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, keadaan banjir hari ini dalam keadaan terkawal dan cuaca baik diharap berterusan supaya air dapat surut dengan lebih cepat. Katanya, semua agensi berkaitan sudah turun padang membantu mangsa banjir dan pihaknya ketika ini memberi bantuan dari segi keperluan asas dan makanan bagi mangsa banjir. Mengulas mengenai pelan jangka panjang bagi menangani banjir di kawasan itu,beliau berkata projek tebatan banjir bernilai RM512 juta yang diluluskan baru-baru ini masih dalam fasa kajian oleh pihak konsultan. "Jadi ini memang dalam Dewan pun saya cakap minta percepatkan kajian, dan kita nak tengok apa kertas cadangan yang sudah siap dibuat oleh konsultan. "Dijangka, tahun 2026 atau 2027 baru boleh mula sebab ada pengambilan tanah, mendalamkan, membuat prosedur-prosedur, membuat kolam tadahan dan pelbagai lagi dalam itu," katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1295907/bye-cikgu-bye-abang-gelagat-anak-kecil-redah-banjir Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Selangor APM Daerah Hulu Langat #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0mcT15MXWUWg8T9PUkyzvQoYMNXzHemBdd5APxkVjLmtBE21qURcZWPJbRfKAAu2Pl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews