#BILIKGERAKAN

PENDUDUK PEDALAMAN JULAU DIINGATKAN BERWASPADA HUJAN BERTERUSAN

JULAU, 3 Dis: Penduduk di kawasan pedalaman daerah ini diingatkan supaya sentiasa berwaspada susulan keadaan cuaca tidak menentu yang masih menyaksikan hujan berterusan sejak semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Julau, Lt. M. (PA) Vincent Jeavie Johntin berkata, pemantauan pihaknya mendapati paras air sungai menunjukkan sedikit penurunan, namun hujan yang berlarutan boleh meningkatkan risiko banjir kilat, limpahan sungai dan tanah runtuh.

Beliau berkata, setakat ini APM Daerah Julau terus menjalankan rondaan dan pemantauan di beberapa kawasan ‘hotspot’ melibatkan kampung serta rumah panjang yang dikenal pasti berisiko.

“Antara lokasi terlibat ialah Jalan Rumah Meling, Jalan Terusa, Jalan Belu dan Jalan Sembawang yang sering mencatatkan peningkatan paras air apabila hujan turun berterusan.

“Selain itu, pemantauan turut dilakukan di kawasan Masjid Darul Hidayah, Rumah Tumpangan, Jalan Aloi dan sekitar Dewan Masyarakat Daerah Julau bagi memastikan keselamatan penduduk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Vincent, keadaan keseluruhan daerah masih berada dalam tahap normal dan selamat, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan perubahan mendadak jika hujan berpanjangan.

Beliau memaklumkan cuaca pada hari ini menunjukkan hujan pada sebelah petang dan dijangka berulang pada waktu malam, manakala paras sungai mula meningkat akibat hujan lebat semalam.

“Saya menasihatkan penduduk segera menghubungi APM Julau bagi menyalurkan maklumat semasa dan terus berjaga-jaga sekiranya hujan tidak berhenti,” katanya.

Untuk sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian 999 atau Hotline APM Julau di 011-40375527.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2025/12/03/penduduk-pedalaman-julau-diingatkan-berwaspada-hujan-berterusan/

Dipetik daripada akhbar:
TVS

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0u3PgBr55ys8hrjQHJLk3fPLsRatvTwe23SYyQ3im4PnKeuAem1mKvYvthzTzRhXVl
#BILIKGERAKAN PENDUDUK PEDALAMAN JULAU DIINGATKAN BERWASPADA HUJAN BERTERUSAN JULAU, 3 Dis: Penduduk di kawasan pedalaman daerah ini diingatkan supaya sentiasa berwaspada susulan keadaan cuaca tidak menentu yang masih menyaksikan hujan berterusan sejak semalam. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Julau, Lt. M. (PA) Vincent Jeavie Johntin berkata, pemantauan pihaknya mendapati paras air sungai menunjukkan sedikit penurunan, namun hujan yang berlarutan boleh meningkatkan risiko banjir kilat, limpahan sungai dan tanah runtuh. Beliau berkata, setakat ini APM Daerah Julau terus menjalankan rondaan dan pemantauan di beberapa kawasan ‘hotspot’ melibatkan kampung serta rumah panjang yang dikenal pasti berisiko. “Antara lokasi terlibat ialah Jalan Rumah Meling, Jalan Terusa, Jalan Belu dan Jalan Sembawang yang sering mencatatkan peningkatan paras air apabila hujan turun berterusan. “Selain itu, pemantauan turut dilakukan di kawasan Masjid Darul Hidayah, Rumah Tumpangan, Jalan Aloi dan sekitar Dewan Masyarakat Daerah Julau bagi memastikan keselamatan penduduk,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut Vincent, keadaan keseluruhan daerah masih berada dalam tahap normal dan selamat, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan perubahan mendadak jika hujan berpanjangan. Beliau memaklumkan cuaca pada hari ini menunjukkan hujan pada sebelah petang dan dijangka berulang pada waktu malam, manakala paras sungai mula meningkat akibat hujan lebat semalam. “Saya menasihatkan penduduk segera menghubungi APM Julau bagi menyalurkan maklumat semasa dan terus berjaga-jaga sekiranya hujan tidak berhenti,” katanya. Untuk sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian 999 atau Hotline APM Julau di 011-40375527. Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2025/12/03/penduduk-pedalaman-julau-diingatkan-berwaspada-hujan-berterusan/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0u3PgBr55ys8hrjQHJLk3fPLsRatvTwe23SYyQ3im4PnKeuAem1mKvYvthzTzRhXVl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews