#KEPRIHATINAN

BANJIR: WANG IHSAN RM1,000 DISALURKAN BERMULA HARI INI - TPM

BAGAN DATUK - Kerajaan akan menyalurkan bantuan wang ihsan RM1,000 kepada mangsa yang terjejas banjir bermula hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, walaupun peraturan menetapkan pembayaran bantuan dibuat dalam tempoh tiga hari selepas pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup, namun arahan baharunya adalah supaya bantuan disampaikan serta-merta bagi meringankan beban mangsa.

"Ketika mereka masih berada di PPS pun tidak salah untuk bantuan itu disalurkan.

"Saya telah mengarahkan mulai hari ini bantuan-bantuan itu diberikan kerana mereka memerlukan wang segera untuk membeli peralatan baharu setelah rumah mereka rosak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima taklimat mengenai situasi banjir di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di sini pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata, meskipun bantuan ihsan tersebut tidak mencukupi bagi menampung segala kerugian dihadapi setiap keluarga, ia penting memandangkan ramai mangsa kehilangan barangan asas.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.sinarharian.com.my/article/758857/berita/nasional/banjir-wang-ihsan-rm1000-disalurkan-bermula-hari-ini---tpm

Dipetik daripada akhbar:
Sinar Harian

Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02cdJCs12pryndDDSVJxs1HjsKA2rS57mkT8QBRdM3xoQjFrfPFkXZwbYH81REm7inl
#KEPRIHATINAN BANJIR: WANG IHSAN RM1,000 DISALURKAN BERMULA HARI INI - TPM BAGAN DATUK - Kerajaan akan menyalurkan bantuan wang ihsan RM1,000 kepada mangsa yang terjejas banjir bermula hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, walaupun peraturan menetapkan pembayaran bantuan dibuat dalam tempoh tiga hari selepas pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup, namun arahan baharunya adalah supaya bantuan disampaikan serta-merta bagi meringankan beban mangsa. "Ketika mereka masih berada di PPS pun tidak salah untuk bantuan itu disalurkan. "Saya telah mengarahkan mulai hari ini bantuan-bantuan itu diberikan kerana mereka memerlukan wang segera untuk membeli peralatan baharu setelah rumah mereka rosak," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima taklimat mengenai situasi banjir di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di sini pada Isnin. Ahmad Zahid berkata, meskipun bantuan ihsan tersebut tidak mencukupi bagi menampung segala kerugian dihadapi setiap keluarga, ia penting memandangkan ramai mangsa kehilangan barangan asas. Berita selanjutnya di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/758857/berita/nasional/banjir-wang-ihsan-rm1000-disalurkan-bermula-hari-ini---tpm Dipetik daripada akhbar: Sinar Harian Zahid Hamidi Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Perak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02cdJCs12pryndDDSVJxs1HjsKA2rS57mkT8QBRdM3xoQjFrfPFkXZwbYH81REm7inl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews