#KEPRIHATINAN
BANTU MANGSA BANJIR: MOBILISASI ASET, BANTUAN WANG EHSAN DISEGERAKAN – AHMAD ZAHID
BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan tindakan kecemasan pelbagai agensi digerakkan sepenuhnya bagi membantu mangsa banjir mengikut keperluan setempat.
Di Bagan Datuk, antara cabaran utama ketika ini, katanya, ialah kejadian paip besar pecah yang mengganggu bekalan air bersih ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), selain keperluan memindahkan sebahagian mangsa ke fasiliti lebih sesuai.
“Lembaga Air Perak sudah diminta menghantar lori tangki ke PPS terlibat bagi memastikan mangsa, khususnya keluarga dengan anak kecil, menerima bekalan air mencukupi tanpa perlu menggunakan kaedah mengangkut air secara manual.
“Sebanyak 12 pam kekal dan 11 pam bergerak sedang beroperasi di kawasan terjejas, selain arahan diberikan supaya semua pam tambahan milik agensi negeri, daerah serta jabatan teknikal seperti JKR digerakkan sepenuhnya tanpa menunggu giliran atau disimpan sebagai ‘stok kecemasan’,” katanya selepas meninjau keadaan mangsa banjir di PPS sekitar daerah ini.
Ahmad Zahid turut mengarahkan supaya bantuan wang ehsan kepada mangsa banjir disalurkan lebih awal walaupun mereka masih berada di PPS.
“Mereka perlukan wang segera. Walaupun bantuan itu tidak mencukupi untuk mengganti semua kerosakan, kerajaan tetap menyalurkan apa yang mampu untuk meringankan beban,” katanya.
Mengulas trend banjir kali ini yang turut menjejaskan kawasan tidak pernah terlibat sebelum ini, Ahmad Zahid turut menyuarakan kebimbangan berhubung kemungkinan gelombang kedua dan ketiga.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.buletintv3.my/nasional/bantu-mansa-banjir-mobilisasi-aset-bantuan-wang-ehsan-disegerakan-ahmad-zahid1/
Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0gRMdFN5m7tnuk3rmvY3Wta4Z4AMeZQo5XdomYkmb2KPqGSReo8LmahVuyA9oo3WYl