#ASPIRASI
KELUARGA KURANG KEMAMPUAN BUKAN PENGHALANG DUA GRADUAN KOLEJ KOMUNITI JASIN RAIH ANUGERAH
JASIN, 3 Ogos (Bernama) -- Lahir daripada keluarga kurang berkemampuan bukan penghalang dua graduan Kolej Komuniti Jasin (KKJS) meraih anugerah utama pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Melaka 2025 hari ini.
Gabriel Akob, 21, graduan program Sijil Teknologi Seni Bina mencipta sejarah sebagai anak Orang Asli suku Seletar pertama menerima Anugerah Pelajar Cemerlang (APC), manakala Muhammad Azrul Hazami Abu Hassan, 21, yang berdepan ujian ibunya menghidap kanser buah pinggang pada 2019 pula meraih Anugerah Ketua Pengarah (AKP).
“Keluarga kami susah kerana hanya bergantung kepada ayah selaku ketua keluarga dengan pendapatan sehari kira-kira RM40 sahaja sebagai nelayan. Untuk menampung yuran pengajian, saya terpaksa memohon bantuan kewangan kolej dan daripada pihak Orang Asli sendiri,” kata Gabriel yang juga anak bongsu daripada dua beradik kepada pemberita di sini hari ini.
Anak kelahiran Slim River, Perak, itu yang kini menyambung pengajian di Politeknik Sultan Zainal Abidin, Dungun berkata dia turut aktif dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pernah meraih pingat gangsa dalam Pertandingan SISPA Challenge sempena Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) peringkat Kebangsaan pada 2022 dan 2023. -- BERNAMA
Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2452691
Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Z4THs8pk8FdCAuei3vVQn272UEc4K2R3QPrF8h1Z6pRAgKkyxfZMVcyfvSKYVPEZl