#OPERASI

MANGSA BANJIR DI BUKIT PAYONG PINDAH KALI KEDUA SELEPAS PPS DINAIKI AIR

MARANG, 28 Nov (Bernama) -- Sebanyak 538 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payong di sini terpaksa dipindahkan ke lokasi lain selepas kawasan itu dinaiki air.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu Mazura Ngah Abd Manan berkata kesemua mangsa dipindahkan ke PPS SK Wakaf Tapai dan SK Paya Resak di sini kira-kira 7 malam tadi.

Beliau berkata kerja-kerja pemindahan dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu.

“PPS SK Bukit Payong yang dibuka pada 26 Nov terpaksa ditutup selepas turut dinaiki air susulan hujan sangat lebat berterusan sepanjang hari ini.

“Kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan dengan kadar segera dan secara berperingkat oleh anggota penyelamat berkaitan,” katanya ketika dihubungi malam ini.-- BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2496674

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Terengganu

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0EPxqWHte8AuJ4oJZnSGzZVPTLpe5FetWweRP4VeBkd3xiHMG1gX6wff58GFpMXjUl
#OPERASI MANGSA BANJIR DI BUKIT PAYONG PINDAH KALI KEDUA SELEPAS PPS DINAIKI AIR MARANG, 28 Nov (Bernama) -- Sebanyak 538 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payong di sini terpaksa dipindahkan ke lokasi lain selepas kawasan itu dinaiki air. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu Mazura Ngah Abd Manan berkata kesemua mangsa dipindahkan ke PPS SK Wakaf Tapai dan SK Paya Resak di sini kira-kira 7 malam tadi. Beliau berkata kerja-kerja pemindahan dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu. “PPS SK Bukit Payong yang dibuka pada 26 Nov terpaksa ditutup selepas turut dinaiki air susulan hujan sangat lebat berterusan sepanjang hari ini. “Kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan dengan kadar segera dan secara berperingkat oleh anggota penyelamat berkaitan,” katanya ketika dihubungi malam ini.-- BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2496674 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Terengganu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0EPxqWHte8AuJ4oJZnSGzZVPTLpe5FetWweRP4VeBkd3xiHMG1gX6wff58GFpMXjUl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews