#OPERASI

BANJIR: BANTUAN TAMBAHAN DIHANTAR KE BEBERAPA NEGERI - NADMA

PUTRAJAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang menyelaraskan penghantaran bekalan tambahan ke beberapa negeri pada kadar segera susulan peningkatan kejadian banjir ketika ini.

NADMA dalam kenyataan memaklumkan permohonan tambahan telah diterima daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, Selangor, Kedah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis yang melibatkan 3,000 unit kit makanan dan 6,700 unit makanan retort bagi memenuhi keperluan petugas dan mangsa bencana.

"Sebanyak 128,186 unit khemah boleh lipat (C-Tent) juga telah dibekalkan ke seluruh negara daripada pelbagai sumber... antaranya NADMA sebanyak 41,479 unit, Yayasan Sultan Johor (40,166), Petronas (5,194) JKM (39,485) dan lain-lain (1,862).

"NADMA bersedia untuk membuat penghantaran tambahan C-Tent jika terdapat keperluan di lapangan," menurut kenyataan itu hari ini.

NADMA memaklumkan penyelarasan sedang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memastikan kesiapsiagaan negeri berada pada tahap optimum.

"Bagi memperkukuh keupayaan pemulihan infrastruktur semasa bencana, NADMA menempatkan tujuh set jambatan Bailey di lokasi strategik iaitu tiga set masing-masing di Sabah dan Sarawak, serta satu lagi di Kelantan," menurut kenyataan itu.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/11/1477983/banjir-bantuan-tambahan-dihantar-ke-beberapa-negeri-nadma

Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0W9BJWzz59pPNT7zLJkuB3EApsrx88GkaZxsGrakt7QyCowPqHbDCfA7dGwQGHXHkl
#OPERASI BANJIR: BANTUAN TAMBAHAN DIHANTAR KE BEBERAPA NEGERI - NADMA PUTRAJAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang menyelaraskan penghantaran bekalan tambahan ke beberapa negeri pada kadar segera susulan peningkatan kejadian banjir ketika ini. NADMA dalam kenyataan memaklumkan permohonan tambahan telah diterima daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, Selangor, Kedah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis yang melibatkan 3,000 unit kit makanan dan 6,700 unit makanan retort bagi memenuhi keperluan petugas dan mangsa bencana. "Sebanyak 128,186 unit khemah boleh lipat (C-Tent) juga telah dibekalkan ke seluruh negara daripada pelbagai sumber... antaranya NADMA sebanyak 41,479 unit, Yayasan Sultan Johor (40,166), Petronas (5,194) JKM (39,485) dan lain-lain (1,862). "NADMA bersedia untuk membuat penghantaran tambahan C-Tent jika terdapat keperluan di lapangan," menurut kenyataan itu hari ini. NADMA memaklumkan penyelarasan sedang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memastikan kesiapsiagaan negeri berada pada tahap optimum. "Bagi memperkukuh keupayaan pemulihan infrastruktur semasa bencana, NADMA menempatkan tujuh set jambatan Bailey di lokasi strategik iaitu tiga set masing-masing di Sabah dan Sarawak, serta satu lagi di Kelantan," menurut kenyataan itu. Berita selanjutnya di sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/11/1477983/banjir-bantuan-tambahan-dihantar-ke-beberapa-negeri-nadma Dipetik daripada akhbar: Berita Harian Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0W9BJWzz59pPNT7zLJkuB3EApsrx88GkaZxsGrakt7QyCowPqHbDCfA7dGwQGHXHkl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews