#OPERASI

BANJIR : 24 PPS MASIH BEROPERASI DI PERLIS

KANGAR, 28 November - Bilangan penduduk terjejas banjir di Perlis menunjukkan penurunan selepas enam hari negeri itu dilanda bencana.

Sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah penduduk terjejas menurun kepada 7,536 orang berbanding 7,609 orang pagi tadi. Ini turut menyaksikan penurunan bilangan keluarga kepada 2,253 keluarga, berbanding 2,276 sebelum ini.

Bagaimanapun, 24 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di seluruh negeri.

Menurut data Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Kangar kekal mencatatkan jumlah penduduk tertinggi yang berlindung di PPS, iaitu 4,491 orang daripada 1,323 keluarga.

Ia diikuti Arau dengan 1,771 orang daripada 554 keluarga, manakala Padang Besar merekodkan 1,264 orang daripada 376 keluarga.

Tinjauan mendapati beberapa kawasan yang dinaiki air beransur surut, khususnya di sekitar Arau dan Padang Besar.

Namun di Kangar, terdapat beberapa kawasan baharu yang dilaporkan mula dinaiki air akibat aliran banjir, termasuk sekitar Kampung Panggau menghala ke Kuala Perlis.

Berita selanjutnya di sini:
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/banjir-24-pps-masih-beroperasi-di-perlis

Dipetik daripada akhbar:
Berita RTM

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Pkr1xXn9coAfWisF1NJ183GvuVi6Dh76qwcUCeU4KC9auS5PpZ69KrMjBhBuCQ7ul
#OPERASI BANJIR : 24 PPS MASIH BEROPERASI DI PERLIS KANGAR, 28 November - Bilangan penduduk terjejas banjir di Perlis menunjukkan penurunan selepas enam hari negeri itu dilanda bencana. Sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah penduduk terjejas menurun kepada 7,536 orang berbanding 7,609 orang pagi tadi. Ini turut menyaksikan penurunan bilangan keluarga kepada 2,253 keluarga, berbanding 2,276 sebelum ini. Bagaimanapun, 24 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di seluruh negeri. Menurut data Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Kangar kekal mencatatkan jumlah penduduk tertinggi yang berlindung di PPS, iaitu 4,491 orang daripada 1,323 keluarga. Ia diikuti Arau dengan 1,771 orang daripada 554 keluarga, manakala Padang Besar merekodkan 1,264 orang daripada 376 keluarga. Tinjauan mendapati beberapa kawasan yang dinaiki air beransur surut, khususnya di sekitar Arau dan Padang Besar. Namun di Kangar, terdapat beberapa kawasan baharu yang dilaporkan mula dinaiki air akibat aliran banjir, termasuk sekitar Kampung Panggau menghala ke Kuala Perlis. Berita selanjutnya di sini: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/banjir-24-pps-masih-beroperasi-di-perlis Dipetik daripada akhbar: Berita RTM Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Pkr1xXn9coAfWisF1NJ183GvuVi6Dh76qwcUCeU4KC9auS5PpZ69KrMjBhBuCQ7ul
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews