#KAWALAN

KUALA SELANGOR CATAT PPS TERBANYAK, DAERAH PALING TERJEJAS DI SELANGOR.

KLANG, 28 November - Kuala Selangor mencatatkan pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) tertinggi dengan 11 pusat beroperasi, menjadikannya daerah paling terjejas di Selangor setakat semalam.

Daerah lain yang turut mengaktifkan PPS ialah Sabak Bernam dengan tiga PPS, diikuti Klang yang membuka dua PPS, manakala Sepang turut mengaktifkan sebuah PPS baharu.

Menurut Pengarah Pertahanan Awam (APM) Negeri Selangor, Kol. (PA) Fazlisyah Muslim, keadaan masih dinamik dan boleh berubah bergantung kepada kapisiti hujan yang dijangka berterusan.

“Seperti yang disebut oleh Ketua Pengarah METMalaysia semalam, kita menjangkakan impak daripada ribut tropika Senyar akan menyebabkan hujan antara 200 hingga 300 milimeter. Keadaan ini sudah tentu menjadi satu cabaran bagi kita.

"Apatah lagi jika situasi ini berlaku serentak dengan air pasang, ia boleh menyebabkan kawasan yang kebiasaannya mempunyai aliran air lebih lancar turut berisiko banjir. Dengan kapasiti hujan yang begitu tinggi, kawasan yang sebelum ini tidak pernah banjir juga berkemungkinan mengalami banjir disebabkan situasi berkenaan," katanya pada sidang media Ribut Tropika Senyar di sini.

Tambah beliau, sebuah PPS turut diaktifkan di Teluk Gong, Klang pada lewat malam tadi yang menempatkan dua keluarga melibatkan 15 mangsa, namun situasi masih terkawal dan tidak menunjukkan peningkatan ketara.

Seramai 639 anggota APM Selangor diatur gerak di seluruh Selangor melalui pembahagian kepada tiga zon utama sebagai kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan banjir.

Selain itu, bagi memperkukuh operasi ketika krisis, 47 anggota sokongan turut dipersiapkan.

Berita selanjutnya di sini:
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/kuala-selangor-catat-pps-terbanyak,-daerah-paling-terjejas-di-selangor

Dipetik daripada akhbar:
Berita RTM

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Selangor

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid023zo6EyEK9Uvc4tD2Xpb2frEicc8SVJFwoZVmA7tjioAvr8YNzuQe9ifKyBSo7y68l
#KAWALAN KUALA SELANGOR CATAT PPS TERBANYAK, DAERAH PALING TERJEJAS DI SELANGOR. KLANG, 28 November - Kuala Selangor mencatatkan pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) tertinggi dengan 11 pusat beroperasi, menjadikannya daerah paling terjejas di Selangor setakat semalam. Daerah lain yang turut mengaktifkan PPS ialah Sabak Bernam dengan tiga PPS, diikuti Klang yang membuka dua PPS, manakala Sepang turut mengaktifkan sebuah PPS baharu. Menurut Pengarah Pertahanan Awam (APM) Negeri Selangor, Kol. (PA) Fazlisyah Muslim, keadaan masih dinamik dan boleh berubah bergantung kepada kapisiti hujan yang dijangka berterusan. “Seperti yang disebut oleh Ketua Pengarah METMalaysia semalam, kita menjangkakan impak daripada ribut tropika Senyar akan menyebabkan hujan antara 200 hingga 300 milimeter. Keadaan ini sudah tentu menjadi satu cabaran bagi kita. "Apatah lagi jika situasi ini berlaku serentak dengan air pasang, ia boleh menyebabkan kawasan yang kebiasaannya mempunyai aliran air lebih lancar turut berisiko banjir. Dengan kapasiti hujan yang begitu tinggi, kawasan yang sebelum ini tidak pernah banjir juga berkemungkinan mengalami banjir disebabkan situasi berkenaan," katanya pada sidang media Ribut Tropika Senyar di sini. Tambah beliau, sebuah PPS turut diaktifkan di Teluk Gong, Klang pada lewat malam tadi yang menempatkan dua keluarga melibatkan 15 mangsa, namun situasi masih terkawal dan tidak menunjukkan peningkatan ketara. Seramai 639 anggota APM Selangor diatur gerak di seluruh Selangor melalui pembahagian kepada tiga zon utama sebagai kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan banjir. Selain itu, bagi memperkukuh operasi ketika krisis, 47 anggota sokongan turut dipersiapkan. Berita selanjutnya di sini: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/kuala-selangor-catat-pps-terbanyak,-daerah-paling-terjejas-di-selangor Dipetik daripada akhbar: Berita RTM Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Selangor #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid023zo6EyEK9Uvc4tD2Xpb2frEicc8SVJFwoZVmA7tjioAvr8YNzuQe9ifKyBSo7y68l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews