#KEPRIHATINAN

WARGA SPT HANTAR BARANGAN KEPERLUAN KEPADA MANGSA BANJIR PERLIS

BUKIT MERTAJAM, 28 Nov (Bernama) -- Barangan keperluan serta makanan bernilai lebih RM80,000 sumbangan warga Seberang Perai Tengah (SPT) akan dihantar ke Perlis untuk diagihkan kepada mangsa banjir menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan Skuad Ihsan MADANI.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang Kol (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman berkata misi itu merupakan anjuran APM Daerah SPT bersama Pejabat Daerah dan Tanah Daerah SPT dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Bantuan Pertahanan Awam (CDA-ERT) Parlimen Bukit Mertajam.

Beliau berkata kesemua barangan adalah hasil sumbangan agensi kerajaan, badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan antaranya air mineral, air kotak, lampin pakai buang, barangan makanan dan peralatan kebersihan diri.

“Seperti kita ketahui Perlis telah ditimpa bencana banjir yang agak kritikal berbanding dengan 15 tahun lepas justeru misi ini dilancarkan sebagai tanda kasih sayang serta keprihatinan warga SPT dalam memastikan mereka yang terjejas dengan musibah ini menerima bantuan sewajarnya.

“Kita mungkin tidak dapat ke sana untuk menghulurkan bantuan secara fizikal tetapi penghantaran makanan dan keperluan menerusi misi kemanusiaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dalam mengharungi saat sukar ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Skuad Ihsan MADANI di pekarangan Masjid Tengah Jalan Berapit, di sini, hari ini.

Lokman Hakim berkata pihaknya berterima kasih kepada semua penyumbang dan pihaknya berjaya mengumpulkan kesemua barangan tersebut dalam tempoh lima hari sejak kutipan dilancarkan Isnin lepas.--BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2496582

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0qoLES64HAmjAGgYxRzsyYuT2o3tn4vx2gTe9JvPpGmPn8NL7CS7qZoJQz9r9JQmQl
#KEPRIHATINAN WARGA SPT HANTAR BARANGAN KEPERLUAN KEPADA MANGSA BANJIR PERLIS BUKIT MERTAJAM, 28 Nov (Bernama) -- Barangan keperluan serta makanan bernilai lebih RM80,000 sumbangan warga Seberang Perai Tengah (SPT) akan dihantar ke Perlis untuk diagihkan kepada mangsa banjir menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan Skuad Ihsan MADANI. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang Kol (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman berkata misi itu merupakan anjuran APM Daerah SPT bersama Pejabat Daerah dan Tanah Daerah SPT dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Bantuan Pertahanan Awam (CDA-ERT) Parlimen Bukit Mertajam. Beliau berkata kesemua barangan adalah hasil sumbangan agensi kerajaan, badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan antaranya air mineral, air kotak, lampin pakai buang, barangan makanan dan peralatan kebersihan diri. “Seperti kita ketahui Perlis telah ditimpa bencana banjir yang agak kritikal berbanding dengan 15 tahun lepas justeru misi ini dilancarkan sebagai tanda kasih sayang serta keprihatinan warga SPT dalam memastikan mereka yang terjejas dengan musibah ini menerima bantuan sewajarnya. “Kita mungkin tidak dapat ke sana untuk menghulurkan bantuan secara fizikal tetapi penghantaran makanan dan keperluan menerusi misi kemanusiaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dalam mengharungi saat sukar ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Skuad Ihsan MADANI di pekarangan Masjid Tengah Jalan Berapit, di sini, hari ini. Lokman Hakim berkata pihaknya berterima kasih kepada semua penyumbang dan pihaknya berjaya mengumpulkan kesemua barangan tersebut dalam tempoh lima hari sejak kutipan dilancarkan Isnin lepas.--BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2496582 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0qoLES64HAmjAGgYxRzsyYuT2o3tn4vx2gTe9JvPpGmPn8NL7CS7qZoJQz9r9JQmQl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews