#KEPRIHATINAN
APM KUMPUL BARANG KEPERLUAN, BANTU MANGSA BANJIR DI PERLIS
BUKIT MERTAJAM : Prihatin dengan keperitan yang dialami oleh mangsa banjir di Perlis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang mengambil inisiatif mengumpulkan pelbagai barangan keperluan bernilai RM80,000 untuk disalurkan kepada mereka menerusi Misi Kemanusiaan Skuad Ihsan MADANI.
Pengarah APM Negeri, Kolonel (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, kesemua barang tersebut termasuk air minuman, air kotak, lampin pakai buang, kit kebersihan dan makanan kering berjaya dikumpulkan dalam tempoh lima hari sahaja hasil sumbangan individu, pelbagai agensi kerajaan serta syarikat-syarikat korporat.
“Seperti yang kita sedia maklum, bencana banjir yang menimpa Perlis kali ini lebih kritikal berbanding 15 tahun lalu. Jadi, diharapkan keperluan yang disediakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mangsa banjir di sana.
“Kita juga menjangkakan ada bantuan susulan selepas ini. Mungkin kita akan hantar anggota untuk melaksanakan misi pembersihan dan gotong-royong selepas air surut,” katanya selepas melancarkan Misi Kemanusiaan Skuad Ihsan Madani anjuran APM Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Berapit di sini, hari ini.
Lebih 20 individu terdiri daripada anggota APM, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PTDSPT) serta ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai misi berkenaan yang digerakkan hasil kerjasama PTDSPT serta Civil Defense Auxiliary Emergency Response Team (CDA-ERT) Parlimen Bukit Mertajam.
Dalam perkembangan lain, Lokman Hakim memaklumkan, pihaknya kekal bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan memandangkan keadaan cuaca tidak menentu susulan Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusan.com.my/nasional/2025/11/apm-kumpul-barang-keperluan-bantu-mangsa-banjir-di-perlis/
Dipetik daripada akhbar:
Utusan Online
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ZuVNBNLeoXPZ6KXT9ytYtLmfNYvPJN6rLD4mrN1DKK1Wm2xcczdur3oG6EEgjpHKl