#OPERASI

APM AKTIFKAN PKON DI 14 BUAH NEGERI HADAPI RIBUT TROPIKA SENYAR

KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) di 14 negeri sebagai langkah siap siaga bagi menghadapi Ribut Tropika Senyar yang membawa hujan lebat, angin kencang serta risiko banjir kilat di beberapa negeri di Semenanjung.

Menurutnya, APM aktifkan 198 Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) dan Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) bagi memastikan penyelarasan menyeluruh operasi pemantauan dan tindak balas kecemasan.

Katanya, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di semua negeri dan daerah turut dibuka bagi memperkukuh sistem penyelarasan antara agensi, terutama dalam menangani sebarang insiden berkaitan cuaca ekstrem.

“Seramai lebih 2,000 anggota APM turut dikerahkan membuat rondaan di kawasan berisiko tinggi, termasuk lokasi tumpuan risiko banjir kilat, tanah runtuh dan kenaikan aras air sungai.

“Pasukan tindak balas pantas ini dilengkapi peralatan penyelamatan air seperti bot, ambulan, dron pemantauan serta sistem komunikasi kecemasan untuk memastikan tindakan segera dapat dilaksanakan apabila diperlukan,” demikian menurut kenyataan itu.

Dari segi persediaan logistik, APM turut menempatkan aset seperti bot pelbagai jenis, trak angkut, kenderaan pacuan empat roda, generator dan pam air mudah alih di lokasi strategik sebagai langkah memastikan operasi bantuan tidak terganggu.

Tambahan, bagi kebajikan petugas barisan hadapan, APM menyediakan 30,300 pek makanan sedia dimakan (retort) bagi memastikan anggota dapat melaksanakan tugas dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya.

Berita selanjutnya di sini:
https://malaysiagazette.com/2025/11/28/apm-aktifkan-pkon-di-14-buah-negeri-hadapi-ribut-tropika-senyar/

Dipetik daripada akhbar:
Malaysia Gazette

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid025SzkPE8YvGo7zyWAPt4VnDt2tJNLmAe7NzAhP88dMiT6PSg7Lu2T9gBJ5gJc3ERGl
#OPERASI APM AKTIFKAN PKON DI 14 BUAH NEGERI HADAPI RIBUT TROPIKA SENYAR KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) di 14 negeri sebagai langkah siap siaga bagi menghadapi Ribut Tropika Senyar yang membawa hujan lebat, angin kencang serta risiko banjir kilat di beberapa negeri di Semenanjung. Menurutnya, APM aktifkan 198 Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) dan Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) bagi memastikan penyelarasan menyeluruh operasi pemantauan dan tindak balas kecemasan. Katanya, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di semua negeri dan daerah turut dibuka bagi memperkukuh sistem penyelarasan antara agensi, terutama dalam menangani sebarang insiden berkaitan cuaca ekstrem. “Seramai lebih 2,000 anggota APM turut dikerahkan membuat rondaan di kawasan berisiko tinggi, termasuk lokasi tumpuan risiko banjir kilat, tanah runtuh dan kenaikan aras air sungai. “Pasukan tindak balas pantas ini dilengkapi peralatan penyelamatan air seperti bot, ambulan, dron pemantauan serta sistem komunikasi kecemasan untuk memastikan tindakan segera dapat dilaksanakan apabila diperlukan,” demikian menurut kenyataan itu. Dari segi persediaan logistik, APM turut menempatkan aset seperti bot pelbagai jenis, trak angkut, kenderaan pacuan empat roda, generator dan pam air mudah alih di lokasi strategik sebagai langkah memastikan operasi bantuan tidak terganggu. Tambahan, bagi kebajikan petugas barisan hadapan, APM menyediakan 30,300 pek makanan sedia dimakan (retort) bagi memastikan anggota dapat melaksanakan tugas dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya. Berita selanjutnya di sini: https://malaysiagazette.com/2025/11/28/apm-aktifkan-pkon-di-14-buah-negeri-hadapi-ribut-tropika-senyar/ Dipetik daripada akhbar: Malaysia Gazette Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid025SzkPE8YvGo7zyWAPt4VnDt2tJNLmAe7NzAhP88dMiT6PSg7Lu2T9gBJ5gJc3ERGl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews