#OPERASI

MANGSA BANJIR DI LIMA NEGERI TERUS MENINGKAT, KELANTAN DAN KEDAH SEDIKIT BERKURANG

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan lebat kadangkala berterusan menyebabkan mangsa banjir di lima negeri iaitu Terengganu, Perak, Perlis, Selangor dan Pahang terus meningkat, manakala di Kelantan dan Kedah mencatatkan sedikit pengurangan.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,111 orang daripada 1,245 keluarga petang ini berbanding 3,483 orang daripada 1,131 keluarga pagi tadi, dengan 49 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tujuh daerah.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir di tujuh daerah sedikit bertambah apabila merekodkan 5,689 mangsa daripada 1,749 keluarga petang ini berbanding 5,620 mangsa daripada 1,746 keluarga yang berlindung di 45 PPS pagi tadi.

Di PERLIS, mangsa banjir meningkat kepada 7,622 orang petang ini, berbanding 7,501 mangsa pagi tadi, dengan 24 PPS beroperasi di Padang Besar, Arau dan Kangar bagi menempatkan kesemua mangsa.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit peningkatan iaitu 2,467 mangsa daripada 654 keluarga, berbanding 2,460 mangsa daripada 642 keluarga pagi tadi.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir turut meningkat kepada 21 orang daripada lapan keluarga, berbanding 19 orang daripada lapan keluarga pagi tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu Masjid Kampung Beletik, Dewan Serbeguna Dato Omar Kuala Medang dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit di Daerah Lipis.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 9,187 orang daripada 3,456 keluarga berbanding 10,950 orang pagi tadi, dengan kawasan yang paling terjejas ialah Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Kota Bharu.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 4,270 orang daripada 1,442 keluarga, berbanding 4,306 orang daripada 1,453 keluarga pagi tadi. – BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2496164

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ytVp4HrpB2ENjUxhXTPBPmbBY64yxV8NHA2MewMPjLPZ9LsRYKBS9XRY2BJ59769l
#OPERASI MANGSA BANJIR DI LIMA NEGERI TERUS MENINGKAT, KELANTAN DAN KEDAH SEDIKIT BERKURANG KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan lebat kadangkala berterusan menyebabkan mangsa banjir di lima negeri iaitu Terengganu, Perak, Perlis, Selangor dan Pahang terus meningkat, manakala di Kelantan dan Kedah mencatatkan sedikit pengurangan. Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,111 orang daripada 1,245 keluarga petang ini berbanding 3,483 orang daripada 1,131 keluarga pagi tadi, dengan 49 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tujuh daerah. Di PERAK, jumlah mangsa banjir di tujuh daerah sedikit bertambah apabila merekodkan 5,689 mangsa daripada 1,749 keluarga petang ini berbanding 5,620 mangsa daripada 1,746 keluarga yang berlindung di 45 PPS pagi tadi. Di PERLIS, mangsa banjir meningkat kepada 7,622 orang petang ini, berbanding 7,501 mangsa pagi tadi, dengan 24 PPS beroperasi di Padang Besar, Arau dan Kangar bagi menempatkan kesemua mangsa. Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit peningkatan iaitu 2,467 mangsa daripada 654 keluarga, berbanding 2,460 mangsa daripada 642 keluarga pagi tadi. Di PAHANG, jumlah mangsa banjir turut meningkat kepada 21 orang daripada lapan keluarga, berbanding 19 orang daripada lapan keluarga pagi tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu Masjid Kampung Beletik, Dewan Serbeguna Dato Omar Kuala Medang dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit di Daerah Lipis. Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 9,187 orang daripada 3,456 keluarga berbanding 10,950 orang pagi tadi, dengan kawasan yang paling terjejas ialah Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Kota Bharu. Di KEDAH, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 4,270 orang daripada 1,442 keluarga, berbanding 4,306 orang daripada 1,453 keluarga pagi tadi. – BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2496164 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ytVp4HrpB2ENjUxhXTPBPmbBY64yxV8NHA2MewMPjLPZ9LsRYKBS9XRY2BJ59769l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews