#OPERASI

BANJIR: DUA IBU MUDA BERSAMA BAYI TERPERANGKAP SEMBILAN JAM DISELAMATKAN APM

Marang: Dua ibu muda terpaksa meletakkan bayi mereka di atas meja makan selama hampir sembilan jam selepas paras air setinggi setengah meter dengan arus deras banjir serta keadaan gelap menghalang laluan keluar dari rumah awal pagi tadi.

Kejadian berlaku di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong di sini, apabila kediaman didiami Nurul Fateha Mohd Bakri, 36, dan adiknya, Nurul Nabila Nastasya Edy Faisal, 18, mula dinaiki air sekitar jam 2 pagi.

Nurul Fateha berkata, sebaik menyedari air mula mencecah lantai, mereka segera mengangkat bayi masing-masing iaitu Mohd Aisy Aryan berusia dua bulan, dan Mohamad Naqil Naufal, berusia lima bulan di atas meja makan sebagai langkah keselamatan.

"Keadaan air semakin dan kami bimbang untuk mengharungi air bagi menyelamatkan diri kerana cuaca gelap manakala arus deras," katanya ketika ditemui selepas diselamatkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Marang, di sini, hari ini.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1292667/banjir-dua-ibu-muda-bersama-bayi-terperangkap-sembilan-jam-diselamatkan-apm

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Terengganu

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid028k7YrfH3j9S51Q7XnjCB3WYvvj1TH1BxVVmD4FvHAZWirUfp1EpCtmvxu2MazD7Ql
#OPERASI BANJIR: DUA IBU MUDA BERSAMA BAYI TERPERANGKAP SEMBILAN JAM DISELAMATKAN APM Marang: Dua ibu muda terpaksa meletakkan bayi mereka di atas meja makan selama hampir sembilan jam selepas paras air setinggi setengah meter dengan arus deras banjir serta keadaan gelap menghalang laluan keluar dari rumah awal pagi tadi. Kejadian berlaku di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong di sini, apabila kediaman didiami Nurul Fateha Mohd Bakri, 36, dan adiknya, Nurul Nabila Nastasya Edy Faisal, 18, mula dinaiki air sekitar jam 2 pagi. Nurul Fateha berkata, sebaik menyedari air mula mencecah lantai, mereka segera mengangkat bayi masing-masing iaitu Mohd Aisy Aryan berusia dua bulan, dan Mohamad Naqil Naufal, berusia lima bulan di atas meja makan sebagai langkah keselamatan. "Keadaan air semakin dan kami bimbang untuk mengharungi air bagi menyelamatkan diri kerana cuaca gelap manakala arus deras," katanya ketika ditemui selepas diselamatkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Marang, di sini, hari ini. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1292667/banjir-dua-ibu-muda-bersama-bayi-terperangkap-sembilan-jam-diselamatkan-apm Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Terengganu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid028k7YrfH3j9S51Q7XnjCB3WYvvj1TH1BxVVmD4FvHAZWirUfp1EpCtmvxu2MazD7Ql
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews