#OPERASI
MTL: JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) MELAKA SEDIA AKTIFKAN 382 PPS
Ayer Keroh – Sebanyak 382 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) (sumber : JKM) telah diwartakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka dan siap sedia diaktifkan pada bila-bila masa bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) di Negeri Melaka.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim yang juga Setiausaha JPBN Melaka berkata, daripada jumlah itu 165 PPS berada dalam daerah Melaka Tengah; Alor Gajah (125 PPS) dan Jasin (92 PPS).
Katanya, langkah itu bagi memastikan penempatan terancang sekiranya berlaku pemindahan mangsa dalam skala besar.
“APM Melaka sendiri juga sebagai sebuah agensi tindakbalas di bawah JPBN turut memperkukuh persediaan dengan pelbagai aset operasi termasuk 34 bot; 32 enjin bot; 31 treler bot; 13 ambulans; 12 kenderaan pacuan empat roda; lima lori penyelamat; 272 jaket keselamatan; 1,096 khemah ‘C-Tent’; motosikal, penjana kuasa dan kenderaan sokongan lain,” katanya menerusi satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Kamarulsyah memaklumkan pihaknya turut mengenal pasti 106 kawasan berisiko banjir (sumber : JPS) di seluruh negeri Melaka merangkumi 53 lokasi di Melaka Tengah, 27 di Alor Gajah dan 26 di Jasin.
Tambahnya, persediaan APM turut melibatkan kekuatan anggota, aset dan latihan teknikal di semua peringkat bagi memastikan operasi menyelamat dapat dijalankan dengan lancar.
“Seramai 312 anggota termasuk 25 pegawai dan 287 anggota dari pelbagai peringkat bersedia diaturgerak sekiranya berlaku banjir atau insiden berkaitan bencana. APM Negeri dalam keadaan bersiap siaga daripada segi kekuatan anggota yang boleh diatur gerakkan serta aset sekiranya berlaku sebarang bencana sepanjang MTL. Pelbagai latihan persediaan turut dilaksanakan termasuk latihan pengendalian bot penyelamat bagi memastikan kemahiran anggota sentiasa dipertingkatkan,” jelasnya.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2025/11/25/mtl-apm-melaka-sedia-aktifkan-382-pps/
Dipetik daripada akhbar:
Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0S97BVZp6CsMNhiUGnC3Y2MXkH7BNFguakaN8mPdLnKfJPzo5Fe6NPSW4ZXkHAB2dl