#OPERASI

OPERASI MENYELAMAT TUMPU DI KUBANG PASU, LEBIH 1,500 MANGSA DIPINDAHKAN

JITRA: Operasi menyelamat mangsa banjir di Kedah kini bertumpu di daerah Kubang Pasu berikutan semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kulim sudah ditutup sepenuhnya hari ini.

Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata, setakat ini, operasi menyelamat bertumpu di daerah Kubang Pasu dengan jumlah mangsa tertinggi ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Malau iaitu seramai 398 mangsa.

Beliau berkata, pihaknya menumpukan kampung di daerah Kubang Pasu berikutan paras air yang meningkat ketika ini.

"Memandangkan PPS Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang di Daerah Kulim yang dibuka pada jam 10 malam Sabtu lalu sudah pun ditutup sepenuhnya pada jam 12 tengah hari ini, kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan pulih.

"Kita menggerakkan segala aset yang ada di APM Kubang Pasu selain bantuan dari APM Baling dan Kota Setar.

Beliau berkata demikian kepada media ketika melakukan tinjauan dan menyertai operasi menyelamat mangsa banjir di sini, hari ini.

Mohd Bukhori berkata, sehingga jam 4 petang ini, jumlah mangsa keseluruhan di daerah Kubang Pasu ialah seramai 1,503 orang dari 481 keluarga yang ditempatkan di 15 buah PPS.

Sementara itu, jumlah mangsa di tiga PPS yang baru dibuka iaitu di SK Sultan Ahmad Tajuddin, Masjid Abu Bakar Malau dan Dewan Wawasan Jitra, masih dalam bancian.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2025/11/1476496/operasi-menyelamat-tumpu-di-kubang-pasu-lebih-1500-mangsa-dipindahkan

Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Upx3KYBP9cCzxMKe2gQVYVGNBHks8RBdf1JkC9SpWuQwEMgY4Wjg135wFP5rzKCtl
#OPERASI OPERASI MENYELAMAT TUMPU DI KUBANG PASU, LEBIH 1,500 MANGSA DIPINDAHKAN JITRA: Operasi menyelamat mangsa banjir di Kedah kini bertumpu di daerah Kubang Pasu berikutan semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kulim sudah ditutup sepenuhnya hari ini. Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata, setakat ini, operasi menyelamat bertumpu di daerah Kubang Pasu dengan jumlah mangsa tertinggi ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Malau iaitu seramai 398 mangsa. Beliau berkata, pihaknya menumpukan kampung di daerah Kubang Pasu berikutan paras air yang meningkat ketika ini. "Memandangkan PPS Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang di Daerah Kulim yang dibuka pada jam 10 malam Sabtu lalu sudah pun ditutup sepenuhnya pada jam 12 tengah hari ini, kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan pulih. "Kita menggerakkan segala aset yang ada di APM Kubang Pasu selain bantuan dari APM Baling dan Kota Setar. Beliau berkata demikian kepada media ketika melakukan tinjauan dan menyertai operasi menyelamat mangsa banjir di sini, hari ini. Mohd Bukhori berkata, sehingga jam 4 petang ini, jumlah mangsa keseluruhan di daerah Kubang Pasu ialah seramai 1,503 orang dari 481 keluarga yang ditempatkan di 15 buah PPS. Sementara itu, jumlah mangsa di tiga PPS yang baru dibuka iaitu di SK Sultan Ahmad Tajuddin, Masjid Abu Bakar Malau dan Dewan Wawasan Jitra, masih dalam bancian. Berita selanjutnya di sini: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2025/11/1476496/operasi-menyelamat-tumpu-di-kubang-pasu-lebih-1500-mangsa-dipindahkan Dipetik daripada akhbar: Berita Harian Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Upx3KYBP9cCzxMKe2gQVYVGNBHks8RBdf1JkC9SpWuQwEMgY4Wjg135wFP5rzKCtl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews