#OPERASI
AIR PARAS DADA, MANGSA BERDEBAR TUNGGU BANTUAN LEBIH 5 JAM
JITRA - Air yang naik dengan pantas sehingga ke paras dada menyebabkan Maznah Mohamad, 55, dari Kampung Paya Tok Kiong dekat sini, tidak putus berdoa supaya bantuan segera tiba agar dia dan suami dapat dipindahkan ke tempat lebih selamat.
Menurut Maznah, walaupun setiap tahun berhadapan risiko banjir apabila tiba musim hujan, dia tidak menyangka akan melalui detik cemas seperti hari ini dan menyifatkannya sebagai banjir terburuk.
"Air tiba-tiba naik dengan cepat bermula jam 4 pagi tadi. Dulu banjir pun air tak sedalam ini, kali ini sampai ke paras dada. Saya tinggal berdua saja dengan suami di rumah.
"Sebelum bantuan tiba, saya dan suami duduk di beranda rumah yang agak tinggi. Lebih lima jam jugalah kami menunggu bantuan," katanya kepada pemberita selepas diselamatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membuat operasi di kampungnya pagi tadi.
Sementara itu, Pengarah APM Kedah Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata, pihaknya menyelamatkan lapan orang penduduk terperangkap termasuk kanak-kanak menggunakan bot di Kampung Paya Tok Kiong pagi ini.
"Pihak kami ingin menasihatkan semua penduduk yang terlibat dengan banjir agar duduk di tempat selamat sehingga keadaan benar-benar pulih.
"Semalam pun pihak kami telah bantu memindahkan calon-calon SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) ke tempat selamat bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan yang bermula hari ini," katanya.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.sinarharian.com.my/article/758131/edisi/utara/air-paras-dada-mangsa-berdebar-tunggu-bantuan-lebih-5-jam
Dipetik daripada akhbar:
Sinar Harian
Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02TBHEWn8eTrfXu2wwVWwk1wNo77DptWjjwFFzi5vn3ojSDxUvyNoHCdr1ikjve3Exl