#KEPRIHATINAN

MANGSA BANJIR DAPAT BANTUAN RM1,000, TAPI MESTI DAFTAR DULU DI PPS

Tumpat : Mangsa banjir yang mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebaik pulang ke rumah selepas banjir.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim berkata, bantuan sebanyak RM1,000 itu akan disalurkan menerusi Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mangsa yang mendaftar di PPS perlu mempunyai akaun terbabit.

"Matlamat kita dia (mangsa banjir) balik saja ( ke rumah), dapat (BWI) tapi semua melalui akaun BSN, tiada bantuan 'cash. Yang tiada akaun BSN, pergi ke kaunter (membuat akaun).

"Bantuan itu sebenarnya untuk membeli keperluan asas sebaik pulang ke rumah, itu tujuannya dan nilai (masih) sama iaitu RM1,000 untuk satu keluarga, syaratnya, mesti berdaftar.

"Kita mohon semua mangsa berdaftar, daftar dan balik rumah pun tak apa sebab kadang-kadang ada yang perlu jaga rumah, keluar bekerja, cuma kalau ada mangsa dalam kalangan anak kecil, warga emas atau orang kurang upaya (OKU), minta kekal di PPS," katanya ketika sidang media, di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting, di sini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dari segi aset dan kekuatan sumber manusia untuk penugasan banjir, semuanya masih terkawal dan tiada penambahan diperlukan.

Katanya lagi, setakat ini, seramai 103,500 sumber manusia yang terdiri daripada agensi berkaitan siap siaga malah ada yang sudah bertugas di lapangan.

"Kita ada Skuad Insan MADANI yang diketuai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bila-bila masa boleh gerakkan bila ada keperluan tapi rasanya sekarang masih terkawal dan tidak memerlukan," katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1292074/mangsa-banjir-dapat-bantuan-rm1000-tapi-mesti-daftar-dulu-di-pps

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Xib1vdhSCFXDU3JmEWv3jKz2TqGwSkzd9SEZF59iGuu6q5zsTGYkJBL4H4yuFEbol
#KEPRIHATINAN MANGSA BANJIR DAPAT BANTUAN RM1,000, TAPI MESTI DAFTAR DULU DI PPS Tumpat : Mangsa banjir yang mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebaik pulang ke rumah selepas banjir. Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim berkata, bantuan sebanyak RM1,000 itu akan disalurkan menerusi Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mangsa yang mendaftar di PPS perlu mempunyai akaun terbabit. "Matlamat kita dia (mangsa banjir) balik saja ( ke rumah), dapat (BWI) tapi semua melalui akaun BSN, tiada bantuan 'cash. Yang tiada akaun BSN, pergi ke kaunter (membuat akaun). "Bantuan itu sebenarnya untuk membeli keperluan asas sebaik pulang ke rumah, itu tujuannya dan nilai (masih) sama iaitu RM1,000 untuk satu keluarga, syaratnya, mesti berdaftar. "Kita mohon semua mangsa berdaftar, daftar dan balik rumah pun tak apa sebab kadang-kadang ada yang perlu jaga rumah, keluar bekerja, cuma kalau ada mangsa dalam kalangan anak kecil, warga emas atau orang kurang upaya (OKU), minta kekal di PPS," katanya ketika sidang media, di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting, di sini. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dari segi aset dan kekuatan sumber manusia untuk penugasan banjir, semuanya masih terkawal dan tiada penambahan diperlukan. Katanya lagi, setakat ini, seramai 103,500 sumber manusia yang terdiri daripada agensi berkaitan siap siaga malah ada yang sudah bertugas di lapangan. "Kita ada Skuad Insan MADANI yang diketuai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bila-bila masa boleh gerakkan bila ada keperluan tapi rasanya sekarang masih terkawal dan tidak memerlukan," katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1292074/mangsa-banjir-dapat-bantuan-rm1000-tapi-mesti-daftar-dulu-di-pps Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Xib1vdhSCFXDU3JmEWv3jKz2TqGwSkzd9SEZF59iGuu6q5zsTGYkJBL4H4yuFEbol
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews