#KEPIMPINAN

LAWATAN KERJA PEMANTAUAN SITUASI MONSUN TIMUR LAUT 2025/2026 OLEH YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA KE PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC) AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA)

Isnin, 24 November 2025 - Sekitar sesi lawatan kerja pemantauan situasi Monsun Timur Laut (MTL) oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertempat di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Pulau Meranti, Puchong.

Turut hadir, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA, Pegawai Kanan APM serta Wakil Pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat.

Tujuan lawatan kerja ini dibuat bagi membuat tinjauan mengenai koordinasi pengurusan bencana di seluruh negara dengan apa yang telah diselaraskan oleh NADMA.

Untuk makluman, semua agensi tindak balas seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) serta jawatankuasa bencana negeri berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

Dalam lawatan tersebut, YBhg. Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan bahawa seramai 11,009 mangsa daripada 3,839 keluarga telah ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) yang melibatkan 14 daerah di 7 buah negeri.

Beliau turut menekankan kepada semua anggota pasukan agar memastikan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan terjejas dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan yang baik.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0bDibwbWExmDrjwL2ViUzk6jF9RmJABjuTJtLL8eEA2zWgegTBMd6C44bkoj1FAT9l
#KEPIMPINAN LAWATAN KERJA PEMANTAUAN SITUASI MONSUN TIMUR LAUT 2025/2026 OLEH YBHG. KETUA SETIAUSAHA NEGARA KE PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC) AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) Isnin, 24 November 2025 - Sekitar sesi lawatan kerja pemantauan situasi Monsun Timur Laut (MTL) oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertempat di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Pulau Meranti, Puchong. Turut hadir, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA, Pegawai Kanan APM serta Wakil Pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat. Tujuan lawatan kerja ini dibuat bagi membuat tinjauan mengenai koordinasi pengurusan bencana di seluruh negara dengan apa yang telah diselaraskan oleh NADMA. Untuk makluman, semua agensi tindak balas seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) serta jawatankuasa bencana negeri berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi. Dalam lawatan tersebut, YBhg. Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan bahawa seramai 11,009 mangsa daripada 3,839 keluarga telah ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) yang melibatkan 14 daerah di 7 buah negeri. Beliau turut menekankan kepada semua anggota pasukan agar memastikan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan terjejas dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan yang baik. Shamsul Azri bin Abu Bakar Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0bDibwbWExmDrjwL2ViUzk6jF9RmJABjuTJtLL8eEA2zWgegTBMd6C44bkoj1FAT9l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews