#OPERASI

KERAJAAN GERAK SEPENUHNYA CABANG AGENSI KESELAMATAN HADAPI BANJIR - AHMAD ZAHID

PUTRAJAYA, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menggerakkan sepenuhnya semua cabang agensi keselamatan di setiap peringkat bagi menghadapi banjir yang kini menjejaskan beberapa negeri di Pantai Timur dan utara Semenanjung.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 63 pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan setakat ini di seluruh kawasan yang terjejas.

Beliau berkata kesiapsiagaan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada pada tahap optimum khususnya di Kelantan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan paras air dan banjir susulan musim tengkujuh.

Ahmad Zahid berkata ketika ini lebih 1,205 anggota APM Kelantan telah diaktifkan termasuk pasukan tambahan dari negeri-negeri berhampiran yang bersedia digerakkan pada bila-bila masa.

Beliau berkata bagi memastikan keselamatan rakyat khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi, APM turut bersiap siaga bersama 91 aset darat dan air termasuk pelbagai jenis bot, ambulans, lori pelbagai guna, kenderaan pacuan empat roda, dron pemantauan serta peralatan menyelamat di air.

Pada masa sama, beliau berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) turut beroperasi 24 jam bagi menjalankan pemantauan rapi terhadap keadaan cuaca, paras air sungai dan kawasan cerun berisiko.

"Saya berdoa dan berharap agar kejadian ini tidak membawa kerosakan yang besar serta semua mangsa tabah dan sabar melalui dugaan ini," katanya.-- BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2494696

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid031NLUwb5fsaWz62t8cRK8AZv77WYwYQ58fPg4t76gXXkBnBPDamiCCe1aef92tQXVl
#OPERASI KERAJAAN GERAK SEPENUHNYA CABANG AGENSI KESELAMATAN HADAPI BANJIR - AHMAD ZAHID PUTRAJAYA, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menggerakkan sepenuhnya semua cabang agensi keselamatan di setiap peringkat bagi menghadapi banjir yang kini menjejaskan beberapa negeri di Pantai Timur dan utara Semenanjung. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 63 pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan setakat ini di seluruh kawasan yang terjejas. Beliau berkata kesiapsiagaan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada pada tahap optimum khususnya di Kelantan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan paras air dan banjir susulan musim tengkujuh. Ahmad Zahid berkata ketika ini lebih 1,205 anggota APM Kelantan telah diaktifkan termasuk pasukan tambahan dari negeri-negeri berhampiran yang bersedia digerakkan pada bila-bila masa. Beliau berkata bagi memastikan keselamatan rakyat khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi, APM turut bersiap siaga bersama 91 aset darat dan air termasuk pelbagai jenis bot, ambulans, lori pelbagai guna, kenderaan pacuan empat roda, dron pemantauan serta peralatan menyelamat di air. Pada masa sama, beliau berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) turut beroperasi 24 jam bagi menjalankan pemantauan rapi terhadap keadaan cuaca, paras air sungai dan kawasan cerun berisiko. "Saya berdoa dan berharap agar kejadian ini tidak membawa kerosakan yang besar serta semua mangsa tabah dan sabar melalui dugaan ini," katanya.-- BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2494696 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid031NLUwb5fsaWz62t8cRK8AZv77WYwYQ58fPg4t76gXXkBnBPDamiCCe1aef92tQXVl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews