#OPERASI

APM JAMIN KESIAPSIAGAAN OPTIMUM HADAPI RISIKO BANJIR DI KELANTAN

KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memberi jaminan kesiapsiagaan anggota serta aset operasi di seluruh Kelantan berada pada tahap optimum bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan paras air dan kejadian banjir sepanjang musim tengkujuh.

APM dalam kenyataan memaklumkan, seramai 1,205 anggota telah diaktifkan setakat ini, termasuk pasukan tambahan dari negeri berhampiran yang siap digerakkan pada bila-bila masa.

Turut berada dalam keadaan siap siaga katanya, 91 aset darat dan air merangkumi bot pelbagai jenis, ambulans, lori pelbagai guna, kenderaan pacuan empat roda, dron pemantauan serta peralatan menyelamat di air.

“APM menegaskan bahawa keutamaan pasukan ketika ini adalah memastikan keselamatan rakyat di kawasan dikenal pasti berisiko tinggi.

“Operasi pemantauan cuaca, paras air sungai dan kawasan cerun turut dipertingkatkan menerusi kerjasama rapat dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Menurut APM, langkah mandatori dan tindakan proaktif turut diambil dengan mengaktifkan awal Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di semua daerah berisiko termasuk Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Tanah Merah dan Bachok.

APM turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai supaya sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dan tidak mengambil mudah situasi cuaca semasa, selain segera berpindah jika keadaan mulai berbahaya.

Berita selanjutnya di sini:
https://malaysiagazette.com/2025/11/24/apm-jamin-kesiapsiagaan-optimum-hadapi-risiko-banjir-di-kelantan/

Dipetik daripada akhbar:
Malaysia Gazette

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02asqioVF6Zy9YvcTmAQD7rBiiPQ2ZYAGicK46L1cEUR4BD2B63XfTbecrmRML5NANl
#OPERASI APM JAMIN KESIAPSIAGAAN OPTIMUM HADAPI RISIKO BANJIR DI KELANTAN KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memberi jaminan kesiapsiagaan anggota serta aset operasi di seluruh Kelantan berada pada tahap optimum bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan paras air dan kejadian banjir sepanjang musim tengkujuh. APM dalam kenyataan memaklumkan, seramai 1,205 anggota telah diaktifkan setakat ini, termasuk pasukan tambahan dari negeri berhampiran yang siap digerakkan pada bila-bila masa. Turut berada dalam keadaan siap siaga katanya, 91 aset darat dan air merangkumi bot pelbagai jenis, ambulans, lori pelbagai guna, kenderaan pacuan empat roda, dron pemantauan serta peralatan menyelamat di air. “APM menegaskan bahawa keutamaan pasukan ketika ini adalah memastikan keselamatan rakyat di kawasan dikenal pasti berisiko tinggi. “Operasi pemantauan cuaca, paras air sungai dan kawasan cerun turut dipertingkatkan menerusi kerjasama rapat dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang beroperasi 24 jam,” katanya. Menurut APM, langkah mandatori dan tindakan proaktif turut diambil dengan mengaktifkan awal Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di semua daerah berisiko termasuk Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Tanah Merah dan Bachok. APM turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai supaya sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dan tidak mengambil mudah situasi cuaca semasa, selain segera berpindah jika keadaan mulai berbahaya. Berita selanjutnya di sini: https://malaysiagazette.com/2025/11/24/apm-jamin-kesiapsiagaan-optimum-hadapi-risiko-banjir-di-kelantan/ Dipetik daripada akhbar: Malaysia Gazette Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02asqioVF6Zy9YvcTmAQD7rBiiPQ2ZYAGicK46L1cEUR4BD2B63XfTbecrmRML5NANl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews