#OPERASI

KUBANG PASU DAERAH TERBARU DI KEDAH DILANDA BANJIR

Alor Setar: Kubang Pasu antara daerah terbaru di Kedah yang dilanda banjir selain Kulim, susulan hujan lebat berterusan.

Tinjauan di media sosial mendapati, beberapa lokasi di sekitar Changlun sudah dinaiki air sejak malam tadi akibat hujan lebat.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, setakat ini sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun.

PPS itu dibuka pada jam 8.10 pagi tadi namun setakat ini jumlah mangsa masih dalam bancian

"Antara kampung yang terjejas adalah di Kampung Nang Mah, Kampung Masjid, Kampung Paya Nong Mi di Mukim Temin dan Mukim Sungai Laka.

"Setakat ini operasi pemantauan dan penyelamatan masih berjalan di lokasi yang terjejas banjir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Adenin berkata, operasi penyelamatan turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan banyak lagi..

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1291445/kubang-pasu-daerah-terbaru-di-kedah-dilanda-banjir

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0E1aL2kAqorFM3M7EBaQtkeiacBasj798X3h97cawLrvsJME7n4EcHrabwkJHitgil
#OPERASI KUBANG PASU DAERAH TERBARU DI KEDAH DILANDA BANJIR Alor Setar: Kubang Pasu antara daerah terbaru di Kedah yang dilanda banjir selain Kulim, susulan hujan lebat berterusan. Tinjauan di media sosial mendapati, beberapa lokasi di sekitar Changlun sudah dinaiki air sejak malam tadi akibat hujan lebat. Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, setakat ini sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun. PPS itu dibuka pada jam 8.10 pagi tadi namun setakat ini jumlah mangsa masih dalam bancian "Antara kampung yang terjejas adalah di Kampung Nang Mah, Kampung Masjid, Kampung Paya Nong Mi di Mukim Temin dan Mukim Sungai Laka. "Setakat ini operasi pemantauan dan penyelamatan masih berjalan di lokasi yang terjejas banjir," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohd Adenin berkata, operasi penyelamatan turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan banyak lagi.. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1291445/kubang-pasu-daerah-terbaru-di-kedah-dilanda-banjir Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0E1aL2kAqorFM3M7EBaQtkeiacBasj798X3h97cawLrvsJME7n4EcHrabwkJHitgil
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews