#OPERASI

APM REDAH BANJIR URUS PENGEBUMIAN JENAZAH DI KOTA BHARU

Kota Bharu : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu menguruskan satu jenazah lelaki dengan meredah banjir lebih satu meter ke Tanah Perkuburan Islam Beris Arab, Kampung Senang, di sini, pagi tadi.

Timbalan Pengarah APM Kelantan, Lt Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan bagi memohon bantuan membawa jenazah dari Masjid Haji Omar ke perkuburan berkenaan jam 10.34 pagi tadi.

Katanya, seramai tujuh anggota dan satu lori APM Kota Bharu terbabit dalam operasi berkenaan.

"Anggota APM membantu menyediakan khidmat kenderaan dan pengurusan pengebumian jenazah. Proses pengangkutan jenazah bermula jam 11.00 pagi dan selesai jam 12.00 tengah hari, mengambil masa kira-kira satu jam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bantuan APM dilaksanakan selepas laluan daripada masjid ke tanah perkuburan itu terjejas akibat banjir.

Difahamkan, ahli keluarga arwah menghubungi APM selepas jalan utama ke tanah perkuburan dinaiki air akibat banjir dan tiada jalan lain boleh dilalui kenderaan biasa bagi urusan pengebumian lelaki itu.

Terdahulu, jenazah lelaki itu dibawa menaiki lori APM bagi mengharungi laluan banjir sebelum sampai ke tanah perkuburan berkenaan.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1291181/apm-redah-banjir-urus-pengebumian-jenazah-di-kota-bharu

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0YfQn6NaJEkNJWK7aVW6qScE6ZEnvijGWaq6nb2AiyjNi2yEtZycT5DawnjoJCR2el
#OPERASI APM REDAH BANJIR URUS PENGEBUMIAN JENAZAH DI KOTA BHARU Kota Bharu : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu menguruskan satu jenazah lelaki dengan meredah banjir lebih satu meter ke Tanah Perkuburan Islam Beris Arab, Kampung Senang, di sini, pagi tadi. Timbalan Pengarah APM Kelantan, Lt Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan bagi memohon bantuan membawa jenazah dari Masjid Haji Omar ke perkuburan berkenaan jam 10.34 pagi tadi. Katanya, seramai tujuh anggota dan satu lori APM Kota Bharu terbabit dalam operasi berkenaan. "Anggota APM membantu menyediakan khidmat kenderaan dan pengurusan pengebumian jenazah. Proses pengangkutan jenazah bermula jam 11.00 pagi dan selesai jam 12.00 tengah hari, mengambil masa kira-kira satu jam," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, bantuan APM dilaksanakan selepas laluan daripada masjid ke tanah perkuburan itu terjejas akibat banjir. Difahamkan, ahli keluarga arwah menghubungi APM selepas jalan utama ke tanah perkuburan dinaiki air akibat banjir dan tiada jalan lain boleh dilalui kenderaan biasa bagi urusan pengebumian lelaki itu. Terdahulu, jenazah lelaki itu dibawa menaiki lori APM bagi mengharungi laluan banjir sebelum sampai ke tanah perkuburan berkenaan. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1291181/apm-redah-banjir-urus-pengebumian-jenazah-di-kota-bharu Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0YfQn6NaJEkNJWK7aVW6qScE6ZEnvijGWaq6nb2AiyjNi2yEtZycT5DawnjoJCR2el
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews