#OPERASI

BANJIR PERLIS: PENDUDUK DIPINDAHKAN, TANAH RUNTUH DI WANG KELIAN, GUA KELAM TUTUP

PADANG BESAR: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di negeri ini susulan banjir yang melanda beberapa kawasan khususnya di Wang Kelian di sini berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

PPS yang diaktifkan itu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Sireh dan SK Titi Tinggi. Seramai 120 penduduk membabitkan 40 keluarga dari Kampung Wang Kelian dipindahkan.

Setakat pukul 3 petang ini, empat sungai di negeri ini iaitu Sungai Pelarit, Sungai Chuchoh, Timah Tasoh dan Sungai Jarum dilaporkan berada pada paras bahaya.

Selain kediaman penduduk dan kenderaan ditenggelami air, beberapa laluan juga dinaiki air dan menyukarkan kenderaan keluar masuk.

Malah, terdapat juga kejadian pokok tumbang di Jalan Wang Kelian, di sini, sehingga menyebabkan laluan terputus sementara.

Selain itu, hujan berterusan turut mengakibatkan gelongsoran atau tanah runtuh di sekitar laluan bercerun dari View Point Wang Kelian ke kawasan kampung di situ.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusan.com.my/berita/2025/11/banjir-perlis-penduduk-dipindahkan-tanah-runtuh-di-wang-kelian-gua-kelam-tutup/

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Online

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ZJDRXuZSwSrw129fFEVANTeL1qNpXsSkGEFtgLt91PBHAVPQtdHHg5TQicTWcdA6l
#OPERASI BANJIR PERLIS: PENDUDUK DIPINDAHKAN, TANAH RUNTUH DI WANG KELIAN, GUA KELAM TUTUP PADANG BESAR: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di negeri ini susulan banjir yang melanda beberapa kawasan khususnya di Wang Kelian di sini berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam. PPS yang diaktifkan itu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Sireh dan SK Titi Tinggi. Seramai 120 penduduk membabitkan 40 keluarga dari Kampung Wang Kelian dipindahkan. Setakat pukul 3 petang ini, empat sungai di negeri ini iaitu Sungai Pelarit, Sungai Chuchoh, Timah Tasoh dan Sungai Jarum dilaporkan berada pada paras bahaya. Selain kediaman penduduk dan kenderaan ditenggelami air, beberapa laluan juga dinaiki air dan menyukarkan kenderaan keluar masuk. Malah, terdapat juga kejadian pokok tumbang di Jalan Wang Kelian, di sini, sehingga menyebabkan laluan terputus sementara. Selain itu, hujan berterusan turut mengakibatkan gelongsoran atau tanah runtuh di sekitar laluan bercerun dari View Point Wang Kelian ke kawasan kampung di situ. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusan.com.my/berita/2025/11/banjir-perlis-penduduk-dipindahkan-tanah-runtuh-di-wang-kelian-gua-kelam-tutup/ Dipetik daripada akhbar: Utusan Online Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ZJDRXuZSwSrw129fFEVANTeL1qNpXsSkGEFtgLt91PBHAVPQtdHHg5TQicTWcdA6l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews