#OPERASI

APM PASANG PAPAN TANDA AMARAN UBUR-UBUR DI LANGKAWI

LANGKAWI – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memasang papan tanda amaran bagi mengingatkan pengunjung mengenai kehadiran ubur-ubur di sekitar pantai-pantai tumpuan pelancong di sini.

Pegawai Pertahanan Awam Langkawi, Kapten (PA) Khairul Afzan Md. Yasin berkata, papan tanda tersebut dipasang di Pantai Chenang sejak Khamis minggu lepas, selepas cuaca buruk melanda kawasan tersebut.

Faktor ribut yang melanda Pantai Chenang baru-baru ini juga mungkin menjadi faktor yang membawa kepada kehadiran ubur-ubur kotak di pantai.

“Sepanjang tahun ini, hanya 22 kes sengatan ubur-ubur direkodkan hingga Oktober dan kes ubur-ubur kotak baru-baru ini adalah satu-satunya kes yang dilaporkan sepanjang bulan ini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, anggota penyelamat pantai APM juga akan meningkatkan rondaan dan membuat hebahan kepada orang ramai secara berkala bagi berwaspada dengan kehadiran obor-obor tersebut.

Tinjauan di Pantai Chenang, di sini mendapati pantai tersebut masih dikunjungi pelancong walaupun cuaca mendung.-KOSMO! ONLINE.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.kosmo.com.my/2025/11/20/apm-pasang-papan-tanda-amaran-ubur-ubur-di-langkawi/

Dipetik daripada akhbar:
Kosmo Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah
Apm Langkawi

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02u6LfVLBwTTKm2CfXJRHzLXQPcVYwe31V8kj9h9FvDbGRnKnonEjF8qjSBFkEEC7bl
#OPERASI APM PASANG PAPAN TANDA AMARAN UBUR-UBUR DI LANGKAWI LANGKAWI – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memasang papan tanda amaran bagi mengingatkan pengunjung mengenai kehadiran ubur-ubur di sekitar pantai-pantai tumpuan pelancong di sini. Pegawai Pertahanan Awam Langkawi, Kapten (PA) Khairul Afzan Md. Yasin berkata, papan tanda tersebut dipasang di Pantai Chenang sejak Khamis minggu lepas, selepas cuaca buruk melanda kawasan tersebut. Faktor ribut yang melanda Pantai Chenang baru-baru ini juga mungkin menjadi faktor yang membawa kepada kehadiran ubur-ubur kotak di pantai. “Sepanjang tahun ini, hanya 22 kes sengatan ubur-ubur direkodkan hingga Oktober dan kes ubur-ubur kotak baru-baru ini adalah satu-satunya kes yang dilaporkan sepanjang bulan ini,” katanya di sini, hari ini. Beliau turut memaklumkan, anggota penyelamat pantai APM juga akan meningkatkan rondaan dan membuat hebahan kepada orang ramai secara berkala bagi berwaspada dengan kehadiran obor-obor tersebut. Tinjauan di Pantai Chenang, di sini mendapati pantai tersebut masih dikunjungi pelancong walaupun cuaca mendung.-KOSMO! ONLINE. Berita selanjutnya di sini: https://www.kosmo.com.my/2025/11/20/apm-pasang-papan-tanda-amaran-ubur-ubur-di-langkawi/ Dipetik daripada akhbar: Kosmo Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah Apm Langkawi #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02u6LfVLBwTTKm2CfXJRHzLXQPcVYwe31V8kj9h9FvDbGRnKnonEjF8qjSBFkEEC7bl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews