#ASPIRASI

LEBIH 638 ANGGOTA APM SELANGOR SEDIA DIGERAKKAN HADAPI MTL

SHAH ALAM: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor siap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan lebih 638 anggota sedia digerakkan segera bagi menampung 63 lokasi ‘hotspot’ dan 280 kawasan berisiko yang dikenal pasti di seluruh negeri.

Pengarah APM Selangor, Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim berkata, koordinasi sudah dijalankan bersama pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) negeri yang dipengerusikan pihak berkuasa negeri.

“Kami mengadakan beberapa mesyuarat koordinasi termasuk bersama agensi pusat seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menyelaraskan operasi, kebajikan serta pembangunan pusat pemindahan.

“Selangor kini mempunyai 63 lokasi ‘hotspot’ dan 280 kawasan berisiko.

“APM Selangor sendiri sudah bersedia dengan lebih 638 anggota yang boleh digerakkan segera,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Setia APM Selangor Tahun 2025, di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Katanya, anggota tambahan di seluruh negeri hampir 3,000 orang juga bersiap siaga dan sedia digerakkan jika perlu.

Fazlisyah berkata, aset darat seperti lori dan aset air termasuk bot sudah dikenal pasti dan sedia digunakan bagi kerja pemindahan mangsa atau operasi kecemasan.

Selain itu, katanya, aset sokongan lain seperti jaket keselamatan, khemah dan peralatan seperti mesin penebang pokok turut disiapkan untuk menghadapi bencana lain termasuk tanah runtuh dan insiden pokok tumbang.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.buletintv3.my/nasional/lebih-638-anggota-apm-selangor-sedia-digerakkan-hadapi-mtl/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Selangor

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0JUQNiJXot9zHwUFWdJDwhJWp7Md6CnsUzVq2FGf2uTgeisYYe5nTt8sWvoGXhK7Cl
#ASPIRASI LEBIH 638 ANGGOTA APM SELANGOR SEDIA DIGERAKKAN HADAPI MTL SHAH ALAM: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor siap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan lebih 638 anggota sedia digerakkan segera bagi menampung 63 lokasi ‘hotspot’ dan 280 kawasan berisiko yang dikenal pasti di seluruh negeri. Pengarah APM Selangor, Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim berkata, koordinasi sudah dijalankan bersama pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) negeri yang dipengerusikan pihak berkuasa negeri. “Kami mengadakan beberapa mesyuarat koordinasi termasuk bersama agensi pusat seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menyelaraskan operasi, kebajikan serta pembangunan pusat pemindahan. “Selangor kini mempunyai 63 lokasi ‘hotspot’ dan 280 kawasan berisiko. “APM Selangor sendiri sudah bersedia dengan lebih 638 anggota yang boleh digerakkan segera,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Setia APM Selangor Tahun 2025, di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini. Katanya, anggota tambahan di seluruh negeri hampir 3,000 orang juga bersiap siaga dan sedia digerakkan jika perlu. Fazlisyah berkata, aset darat seperti lori dan aset air termasuk bot sudah dikenal pasti dan sedia digunakan bagi kerja pemindahan mangsa atau operasi kecemasan. Selain itu, katanya, aset sokongan lain seperti jaket keselamatan, khemah dan peralatan seperti mesin penebang pokok turut disiapkan untuk menghadapi bencana lain termasuk tanah runtuh dan insiden pokok tumbang. Berita selanjutnya di sini: https://www.buletintv3.my/nasional/lebih-638-anggota-apm-selangor-sedia-digerakkan-hadapi-mtl/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Selangor #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0JUQNiJXot9zHwUFWdJDwhJWp7Md6CnsUzVq2FGf2uTgeisYYe5nTt8sWvoGXhK7Cl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews