#ASPIRASI
PENGARANG BERITA, WARTAWAN HM TERIMA PENGHARGAAN DARI APM
Shah Alam: Harian Metro menjadi antara organisasi media yang menerima penghargaan pada Majlis Perhimpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor 2025, yang turut meraikan 489 penerima anugerah membabitkan pegawai, anggota serta rakan strategik agensi itu.
Antara kakitangan Harian Metro yang menerima penghargaan APM Selangor ialah Pengarang Berita, Mohd Jamilul Anbia Md Denin, wartawan, Muhammad Razis Ismail dan Suharmin Yusuf atas sumbangan dalam liputan isu keselamatan dan penguatkuasaan.
Majlis tahunan yang berlangsung di sini menghimpunkan semua komponen APM Selangor termasuk pegawai tetap, sukarela, Civil Defence Auxiliary (CDA), Komponen Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA), Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) serta pegawai bersekutu dan kehormat.
Pengarah APM Selangor Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim berkata, peranan media amat penting dalam menyampaikan maklumat secara tepat dan pantas kepada masyarakat semasa berlaku bencana.
"Media memainkan peranan sangat penting. Bahkan, jika ada perkembangan di ibu pejabat, APM sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan pihak media.
"Kita ada banyak program yang membabitkan latihan masyarakat dan kesedaran dan media membantu hebahan supaya masyarakat lebih bersedia menghadapi sebarang kecemasan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Setia APM Selangor Tahun 2025, di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.
Fazlisyah turut memuji kerjasama berterusan pihak media dalam memastikan berita mengenai kecemasan, bencana dan operasi APM disalurkan secara 'first-hand' kepada orang ramai.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1290766/pengarang-berita-wartawan-hm-terima-penghargaan-dari-apm
Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro
Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Selangor
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0jkL8fUhXYvPke4ZxvetHPQwFkn3Bg3ZXk2dvextS1B9RSXumL1rRsgrE6b1rq9SFl