#ASPIRASI
APM TURUT PANTAU MEDIA SOSIAL, SEGERA BANTU MANGSA BANJIR
Kepala Batas: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memperhebat kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan banjir dengan menggabungkan laporan rasmi dan pemantauan masa nyata termasuk maklumat tular di media sosial.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Ghazali Abd Rahman berkata, ini bagi memastikan pihaknya dapat mengesan sebarang bencana yang berlaku dengan lebih cepat supaya operasi menyelamat dan bantuan dijalankan segera.
"APM sudah bersiap sedia sejak awal lagi bagi menghadapi MTL (Monsun Timur Laut) 2025/2026 yang bermula November hingga Mac tahun depan antaranya dari segi latihan yang diberikan kepada pegawai dan anggota kami, persiapan aset-aset dan pemantauan kawasan titik panas secara berterusan.
Ghazali berkata pada masa ini, APM di seluruh negara mempunyai 789 aset berasaskan darat dan 1,121 aset operasi air manakala dari segi sokongan operasi udara, terdapat lebih 20 dron untuk pengawasan semasa kerja menyelamat.
Beliau berkata pihaknya juga terus memantau situasi cuaca secara berterusan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan akan mengambil langkah sewajarnya berdasarkan pelan tindakan yang telah disediakan sekiranya berlaku bencana.
"Secara keseluruhan, kami mempunyai 15,392 anggota di seluruh negara yang boleh digerakkan apabila MTL dan sekarang ini kami menjalankan pemantauan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berisiko berlaku banjir.
Beliau berkata pihaknya juga meningkatkan koordinasi dan perkongsian maklumat antara agensi khususnya dalam menggerakkan aset dan anggota ke lokasi terjejas.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1290308/apm-turut-pantau-media-sosial-segera-bantu-mangsa-banjir
Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02LSCY8G4op6dRd7zHBirE1sYdLvTbVQt5S7dwABGDdyt9qWkXQEVFekk5uZ7R4S53l