#KAWALAN

SISTEM NG MERS 999 PERKASA INFRASTRUKTUR KECEMASAN DIGITAL MALAYSIA

KUALA LUMPUR, Nov 16 (Bernama) -- Infrastruktur komunikasi kecemasan negara memasuki fasa baharu hari ini menerusi pengoperasian Next Generation Emergency Response Services 999 (NG MERS 999), sistem digital baharu hasil kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Kementerian Komunikasi.

TM dalam kenyataan memaklumkan NG MERS 999 dibangunkan sebagai platform bersepadu sepenuhnya bagi menggantikan sistem legasi MERS 999 yang turut dibangunkan dan dioperasikan oleh TM sebelum ini.

Menurut kenyataan itu, sistem baharu tersebut berpotensi meningkatkan kecekapan operasi, mengoptimumkan penugasan sumber dan mempercepatkan masa tindak balas di lebih 800 lokasi di seluruh negara.

TM memaklumkan dengan pengoperasian NG MERS 999, setiap panggilan kecemasan kini menerima sokongan yang lebih pantas, tepat dan berkesan sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi keselamatan awam digital.

“Salah satu tumpuan utama sistem ini ialah penambahbaikan aplikasi mudah alih SaveME 999, yang kini membolehkan rakyat Malaysia termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) menghubungi operator 999 melalui video, teks dan amaran kecemasan berasaskan multimedia.

“Aplikasi SaveME 999 yang dipertingkatkan serta Responder App meletakkan teknologi penting terus ke tangan pengguna dan petugas kecemasan, membolehkan tindak balas kecemasan yang lebih pantas dan dioptimumkan,” katanya.

Beliau berkata dengan penambahbaikan itu juga mencerminkan komitmen TM untuk membina Malaysia yang lebih berhubung, selamat dan berdaya tahan digital dalam perjalanan menuju Hab Kuasa Digital 2030.-- BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2491531

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0wSk6eT7WagDb8Bs2RwzvQnDsoTgC19fMEdp7xQiyCUN5pJDzdSZv5c49Dy8qVDbtl
#KAWALAN SISTEM NG MERS 999 PERKASA INFRASTRUKTUR KECEMASAN DIGITAL MALAYSIA KUALA LUMPUR, Nov 16 (Bernama) -- Infrastruktur komunikasi kecemasan negara memasuki fasa baharu hari ini menerusi pengoperasian Next Generation Emergency Response Services 999 (NG MERS 999), sistem digital baharu hasil kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Kementerian Komunikasi. TM dalam kenyataan memaklumkan NG MERS 999 dibangunkan sebagai platform bersepadu sepenuhnya bagi menggantikan sistem legasi MERS 999 yang turut dibangunkan dan dioperasikan oleh TM sebelum ini. Menurut kenyataan itu, sistem baharu tersebut berpotensi meningkatkan kecekapan operasi, mengoptimumkan penugasan sumber dan mempercepatkan masa tindak balas di lebih 800 lokasi di seluruh negara. TM memaklumkan dengan pengoperasian NG MERS 999, setiap panggilan kecemasan kini menerima sokongan yang lebih pantas, tepat dan berkesan sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi keselamatan awam digital. “Salah satu tumpuan utama sistem ini ialah penambahbaikan aplikasi mudah alih SaveME 999, yang kini membolehkan rakyat Malaysia termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) menghubungi operator 999 melalui video, teks dan amaran kecemasan berasaskan multimedia. “Aplikasi SaveME 999 yang dipertingkatkan serta Responder App meletakkan teknologi penting terus ke tangan pengguna dan petugas kecemasan, membolehkan tindak balas kecemasan yang lebih pantas dan dioptimumkan,” katanya. Beliau berkata dengan penambahbaikan itu juga mencerminkan komitmen TM untuk membina Malaysia yang lebih berhubung, selamat dan berdaya tahan digital dalam perjalanan menuju Hab Kuasa Digital 2030.-- BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2491531 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0wSk6eT7WagDb8Bs2RwzvQnDsoTgC19fMEdp7xQiyCUN5pJDzdSZv5c49Dy8qVDbtl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews