#KAWALAN
SISTEM NG MERS 999 PERKASA INFRASTRUKTUR KECEMASAN DIGITAL MALAYSIA
KUALA LUMPUR: Infrastruktur komunikasi kecemasan negara memasuki fasa baharu hari ini menerusi pengoperasian Next Generation Emergency Response Services 999 (NG MERS 999), sistem digital baharu hasil kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Kementerian Komunikasi.
TM dalam kenyataan memaklumkan, NG MERS 999 dibangunkan sebagai platform bersepadu sepenuhnya bagi menggantikan sistem legasi MERS 999 yang turut dibangunkan dan dioperasikan oleh TM sebelum ini.
Menurut kenyataan itu, sistem baharu tersebut berpotensi meningkatkan kecekapan operasi, mengoptimumkan penugasan sumber dan mempercepatkan masa tindak balas di lebih 800 lokasi di seluruh negara.
TM memaklumkan dengan pengoperasian NG MERS 999, setiap panggilan kecemasan kini menerima sokongan yang lebih pantas, tepat dan berkesan sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi keselamatan awam digital.
"Salah satu tumpuan utama sistem ini ialah penambahbaikan aplikasi mudah alih SaveME 999, yang kini membolehkan rakyat Malaysia termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) menghubungi operator 999 melalui video, teks dan amaran kecemasan berasaskan multimedia.
"Ini meletakkan Malaysia antara negara terawal di dunia yang mengoperasikan akses kecemasan digital inklusif secara menyeluruh di peringkat nasional. Rakyat masih boleh menghubungi 999 seperti biasa. Aplikasi SaveME 999 merupakan pilihan tambahan terutamanya untuk mereka yang kurang berupaya," menurut kenyataan itu.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sistem-ng-mers-999-perkasa-infrastruktur-kecemasan-digital-malaysia-547865%3famp=1
Dipetik daripada akhbar:
Astro AWANI
Jabatan Perdana Menteri
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid032uZWhAhYMEzVgPHb2knSBwDXWjAJ9gJ85ryegVkoxmVsmvhxWoT5Q6nYxMZz7vtYl