#ASPIRASI

PEMBIAYAAN BERASASKAN IMPAK SEBENAR PERKUAT EKOSISTEM TVET – PAKAR

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pendekatan baharu pembiayaan berasaskan impak sebenar oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dilihat sebagai reformasi besar untuk memastikan setiap pelaburan kerajaan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memberi hasil kepada pelatih, industri serta negara.

Presiden Yayasan Mahir Malaysia Datuk P. Sri Ganes berkata inisiatif itu wajar dipuji kerana menuntut akauntabiliti lebih tinggi daripada penyedia latihan sekali gus mengelakkan pembiayaan diberikan kepada program yang tidak relevan.

Sri Ganes berkata pendekatan baharu itu selaras dengan Dasar TVET Negara 2030 yang menekankan keberhasilan pelatih, pemerkasaan institusi latihan dan kecekapan penggunaan dana.

“Graduan perlu bukan sahaja mahir secara teknikal tetapi juga bersedia menghadapi ekonomi digital dan hijau. Model ini boleh dijadikan panduan bagi meningkatkan daya saing global,” menurutnya dalam kenyataan kepada Bernama.

Sri Ganes turut memuji komitmen kerajaan yang memperuntukkan RM7.9 bilion bagi sektor TVET dalam Belanjawan 2026 termasuk RM650 juta bagi program kemahiran dibiayai PTPK dalam bidang pertumbuhan tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV) dan semikonduktor.

Baru-baru ini, Sri Ganes menerima watikah pelantikan sebagai Pegawai Bersekutu berpangkat Leftenan Kolonel (PA) pada Majlis Perhimpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan 2025 di Putrajaya.

Pelantikan itu mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperkukuh keupayaan APM melalui kepakaran dron, latihan bertauliah dan penggunaan teknologi yang meningkatkan kecekapan serta keselamatan operasi di lapangan.-- BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2489865

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02AQYdsci3Uhiotm4oZpwaALBthjpaYzkag9KoraTfGbpr1zV2JD1BQBdVgpAiCipgl
#ASPIRASI PEMBIAYAAN BERASASKAN IMPAK SEBENAR PERKUAT EKOSISTEM TVET – PAKAR KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pendekatan baharu pembiayaan berasaskan impak sebenar oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dilihat sebagai reformasi besar untuk memastikan setiap pelaburan kerajaan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memberi hasil kepada pelatih, industri serta negara. Presiden Yayasan Mahir Malaysia Datuk P. Sri Ganes berkata inisiatif itu wajar dipuji kerana menuntut akauntabiliti lebih tinggi daripada penyedia latihan sekali gus mengelakkan pembiayaan diberikan kepada program yang tidak relevan. Sri Ganes berkata pendekatan baharu itu selaras dengan Dasar TVET Negara 2030 yang menekankan keberhasilan pelatih, pemerkasaan institusi latihan dan kecekapan penggunaan dana. “Graduan perlu bukan sahaja mahir secara teknikal tetapi juga bersedia menghadapi ekonomi digital dan hijau. Model ini boleh dijadikan panduan bagi meningkatkan daya saing global,” menurutnya dalam kenyataan kepada Bernama. Sri Ganes turut memuji komitmen kerajaan yang memperuntukkan RM7.9 bilion bagi sektor TVET dalam Belanjawan 2026 termasuk RM650 juta bagi program kemahiran dibiayai PTPK dalam bidang pertumbuhan tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV) dan semikonduktor. Baru-baru ini, Sri Ganes menerima watikah pelantikan sebagai Pegawai Bersekutu berpangkat Leftenan Kolonel (PA) pada Majlis Perhimpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan 2025 di Putrajaya. Pelantikan itu mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperkukuh keupayaan APM melalui kepakaran dron, latihan bertauliah dan penggunaan teknologi yang meningkatkan kecekapan serta keselamatan operasi di lapangan.-- BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2489865 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02AQYdsci3Uhiotm4oZpwaALBthjpaYzkag9KoraTfGbpr1zV2JD1BQBdVgpAiCipgl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews