#KEPIMPINAN
PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN NOVEMBER 2025
Rabu, 12 November 2025 - Sekitar majlis yang telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri pada pagi tadi bertempat di Dewan De' Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Antara intipati ucapan YAB Perdana Menteri, beliau menzahirkan rasa syukur atas kejayaan pelaksanaan agenda Ekonomi MADANI yang telah melonjakkan pencapaian negara, termasuk pengukuhan nilai Ringgit, kadar pengangguran terendah dalam tempoh sedekad serta pelaburan tertinggi dalam sejarah negara Malaysia Merdeka.
YAB Perdana Menteri turut menegaskan kepentingan tadbir urus yang telus, berintegriti dan berasaskan prinsip keadilan dalam memastikan hasil kemajuan negara dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh seluruh rakyat. Beliau menekankan bahawa kekuatan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui pencapaian ekonomi, tetapi turut bergantung kepada kejujuran, akauntabiliti dan tanggungjawab dalam melaksanakan setiap amanah yang diamanahkan.
Dalam masa yang sama, beliau menyeru seluruh warga perkhidmatan awam agar bersiap siaga menghadapi arus perubahan dengan meningkatkan usaha ke arah pelaksanaan agenda transformasi nasional yang berasaskan inovasi, digitalisasi dan teknologi baharu, termasuk Kecerdasan Buatan (AI) serta tenaga hijau. Pendekatan ini diyakini mampu memperkukuh daya saing negara di peringkat global, di samping mengekalkan jati diri, nilai dan budaya yang menjadi tunjang kepada pembentukan Malaysia MADANI.
Majlis tersebut turut dihadiri barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha, Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, Wakil Pegawai dari Pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan.
Turut hadir, YAS Tuan Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YS PPj. Bersekutu (PA) Yoon Boon Chew, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan IPPA, YS Kol. (PA) Effendy bin Hj. Ali, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IPPA, YS Kol. (PA) Mohd Rosman bin Abdullah, Pengarah APM Wilayah Persekutuan, YS Kol. (PA) Roydee bin Abd Rahman, Komandan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM.
Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Latihan APM
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0RCB5wdBTEd1skZyZxHAWtsrVrrWy8ho4buXMGCZejeT2s44MxR9UisfPyh2W7Mfcl