#OPERASI

TINDAKAN PANTAS APM SELAMATKAN KETUA KAMPUNG DISERANG TEBUAN

SARIKEI: Tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama penduduk kampung berjaya menyelamatkan seorang ketua kampung di Ulu Bejawai, Sangkong, selepas diserang ratusan tebuan pagi tadi.

Pegawai APM Daerah Julau, Leftenan Muda (PA) Vincent Jeavie Johntin, berkata Pusat Kawalan Operasi APM Julau menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi berhubung kejadian berkenaan.

“Mangsa berusia 60 tahun sedang membersihkan kawasan di belakang rumahnya sebelum diserang serangga berbisa itu yang dipercayai bersarang berhampiran lokasi berkenaan.

Pasukan APM segera memberikan bantuan awal kepada mangsa yang mengalami banyak kesan sengatan di seluruh badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Daerah Julau menggunakan ambulans APM untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Berita selanjutnya di sini:
https://suarasarawak.my/tindakan-pantas-apm-selamatkan-ketua-kampung-diserang-tebuan/

Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid081xdztVJeYPR546rXtfWrpGyWiNuUUpihR6BqzAWubK13EVfNXgD9V91Kk7BeSwcl
#OPERASI TINDAKAN PANTAS APM SELAMATKAN KETUA KAMPUNG DISERANG TEBUAN SARIKEI: Tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama penduduk kampung berjaya menyelamatkan seorang ketua kampung di Ulu Bejawai, Sangkong, selepas diserang ratusan tebuan pagi tadi. Pegawai APM Daerah Julau, Leftenan Muda (PA) Vincent Jeavie Johntin, berkata Pusat Kawalan Operasi APM Julau menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi berhubung kejadian berkenaan. “Mangsa berusia 60 tahun sedang membersihkan kawasan di belakang rumahnya sebelum diserang serangga berbisa itu yang dipercayai bersarang berhampiran lokasi berkenaan. Pasukan APM segera memberikan bantuan awal kepada mangsa yang mengalami banyak kesan sengatan di seluruh badan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Daerah Julau menggunakan ambulans APM untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/tindakan-pantas-apm-selamatkan-ketua-kampung-diserang-tebuan/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid081xdztVJeYPR546rXtfWrpGyWiNuUUpihR6BqzAWubK13EVfNXgD9V91Kk7BeSwcl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews