#ASPIRASI

MOHAMMAD ABIDDIN DILANTIK KETUA PESURUHJAYA APM YANG BAHARU

KAJANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini menerima Ketua Pesuruhjaya yang baharu berkuatkuasa 3 November lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan APM, pelantikan Mohammad Abiddin Abd Rahman sebagai Ketua Pesuruhjaya APM yang ke-18 dibuat bagi menggantikan Datuk Aminurrahim Mohamed.

“Mohammad Abiddin bin Abd Rahman berasal dari Sandakan, Sabah. Beliau merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan mempunyai kelulusan Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Beliau juga telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuklah pengurusan dan perolehan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Mohammad Abiddin berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).

“Dalam masa yang sama APM juga turut mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Aminurrahim Mohamed atas segala sumbangan, kepimpinan serta khidmat bakti beliau sepanjang menerajui APM.” katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.buletintv3.my/nasional/mohammad-abiddin-dilantik-ketua-pesuruhjaya-apm-yang-baharu/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid025GHzsNAdwUuC52VZgXwj1Zdq9i7VKqUVvz8eELAj7GU1vm44i4598Hn7HRUpgsS7l
#ASPIRASI MOHAMMAD ABIDDIN DILANTIK KETUA PESURUHJAYA APM YANG BAHARU KAJANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini menerima Ketua Pesuruhjaya yang baharu berkuatkuasa 3 November lalu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan APM, pelantikan Mohammad Abiddin Abd Rahman sebagai Ketua Pesuruhjaya APM yang ke-18 dibuat bagi menggantikan Datuk Aminurrahim Mohamed. “Mohammad Abiddin bin Abd Rahman berasal dari Sandakan, Sabah. Beliau merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan mempunyai kelulusan Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM). “Beliau juga telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuklah pengurusan dan perolehan,” kata kenyataan itu. Sebelum ini, Mohammad Abiddin berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF). “Dalam masa yang sama APM juga turut mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Aminurrahim Mohamed atas segala sumbangan, kepimpinan serta khidmat bakti beliau sepanjang menerajui APM.” katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.buletintv3.my/nasional/mohammad-abiddin-dilantik-ketua-pesuruhjaya-apm-yang-baharu/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid025GHzsNAdwUuC52VZgXwj1Zdq9i7VKqUVvz8eELAj7GU1vm44i4598Hn7HRUpgsS7l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews