#KAWALAN

KENYATAAN MEDIA : YAS TUAN MOHAMMAD ABIDDIN BIN ABD RAHMAN, KETUA PESURUHJAYA APM BAHARU

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menerima Ketua Pesuruhjaya yang baharu berkuatkuasa pada 03 November 2025. Pelantikan YAS Tuan Mohammad Abiddin bin Abd Rahman sebagai Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ke-18 bagi menggantikan YBhg. Datuk Aminurrahim bin Mohamed.

YAS Tuan Mohammad Abiddin bin Abd Rahman berasal dari Sandakan, Sabah. Beliau merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dan mempunyai kelulusan Sarjana dalam Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk Pembangunan dan Perolehan. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Perolehan di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).

Dalam masa yang sama, APM juga turut mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk Aminurrahim bin Mohamed atas segala sumbangan, kepimpinan dan khidmat bakti beliau sepanjang menerajui APM.

Sebarang maklum balas berhubung dengan APM boleh disalurkan melalui emel kp@civildefence.gov.my dan talian telefon 03-89206336.

Selamat menjalankan tugas YAS Tuan.

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ST8GBnSjxL3uQh7jw4jMLAx658BBQ4H9NB4Uh9bYCfBCTVP1tnUWcCjtDth7UKrdl
#KAWALAN KENYATAAN MEDIA : YAS TUAN MOHAMMAD ABIDDIN BIN ABD RAHMAN, KETUA PESURUHJAYA APM BAHARU Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menerima Ketua Pesuruhjaya yang baharu berkuatkuasa pada 03 November 2025. Pelantikan YAS Tuan Mohammad Abiddin bin Abd Rahman sebagai Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ke-18 bagi menggantikan YBhg. Datuk Aminurrahim bin Mohamed. YAS Tuan Mohammad Abiddin bin Abd Rahman berasal dari Sandakan, Sabah. Beliau merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dan mempunyai kelulusan Sarjana dalam Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk Pembangunan dan Perolehan. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Perolehan di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF). Dalam masa yang sama, APM juga turut mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk Aminurrahim bin Mohamed atas segala sumbangan, kepimpinan dan khidmat bakti beliau sepanjang menerajui APM. Sebarang maklum balas berhubung dengan APM boleh disalurkan melalui emel kp@civildefence.gov.my dan talian telefon 03-89206336. Selamat menjalankan tugas YAS Tuan. Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ST8GBnSjxL3uQh7jw4jMLAx658BBQ4H9NB4Uh9bYCfBCTVP1tnUWcCjtDth7UKrdl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews