#KEPIMPINAN

LAWATAN KERJA RASMI YAS TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENGURUSAN) APM KE TAPAK PEMBANGUNAN APM NEGERI SABAH

Ahad, 09 November 2025 - Sekitar sesi lawatan kerja rasmi YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Tapak Pembangunan APM Negeri Sabah.

Lawatan ke tapak pembangunan ini melibatkan beberapa lokasi strategik APM Negeri Sabah iaitu Tanah APM Negeri Sabah di Laya-Laya, Tuaran; Menara Penyelamat Pantai (MPP) Tanjung Aru; Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Kundasang; Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Tuaran dan; PDPA Kota Kinabalu.

Pelaksanaan lawatan ini bertujuan memperkemas hala tuju pembangunan infrastruktur APM Negeri Sabah termasuk perancangan fasiliti, keperluan ruang operasi, pengukuhan logistik dan penyediaan kemudahan anggota.

Perbincangan dan lawatan tapak secara langsung membolehkan keperluan sebenar di lapangan dikenalpasti dengan lebih tepat sekaligus memastikan perancangan pembangunan yang lebih efektif, mampan dan berimpak tinggi kepada kesiapsiagaan APM dalam menghadapi sebarang kecemasan dan bencana.

Turut hadir, YS PPj. (PA) Mohd Yusoff bin Samad, Pengarah APM Negeri Sabah bersama YBrs. En. Mohd Zahrain bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Ekonomi, Wakil Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Ekonomi, Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Sabah.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02QxXFd4wTknQjMQXuLQDa9TWpnyxbXWQSQ96LKvC9f8bPXzTBvrzoKAhDS9eud623l
#KEPIMPINAN LAWATAN KERJA RASMI YAS TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENGURUSAN) APM KE TAPAK PEMBANGUNAN APM NEGERI SABAH Ahad, 09 November 2025 - Sekitar sesi lawatan kerja rasmi YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Tapak Pembangunan APM Negeri Sabah. Lawatan ke tapak pembangunan ini melibatkan beberapa lokasi strategik APM Negeri Sabah iaitu Tanah APM Negeri Sabah di Laya-Laya, Tuaran; Menara Penyelamat Pantai (MPP) Tanjung Aru; Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Kundasang; Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Tuaran dan; PDPA Kota Kinabalu. Pelaksanaan lawatan ini bertujuan memperkemas hala tuju pembangunan infrastruktur APM Negeri Sabah termasuk perancangan fasiliti, keperluan ruang operasi, pengukuhan logistik dan penyediaan kemudahan anggota. Perbincangan dan lawatan tapak secara langsung membolehkan keperluan sebenar di lapangan dikenalpasti dengan lebih tepat sekaligus memastikan perancangan pembangunan yang lebih efektif, mampan dan berimpak tinggi kepada kesiapsiagaan APM dalam menghadapi sebarang kecemasan dan bencana. Turut hadir, YS PPj. (PA) Mohd Yusoff bin Samad, Pengarah APM Negeri Sabah bersama YBrs. En. Mohd Zahrain bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Ekonomi, Wakil Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Ekonomi, Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Sabah. Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02QxXFd4wTknQjMQXuLQDa9TWpnyxbXWQSQ96LKvC9f8bPXzTBvrzoKAhDS9eud623l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews